Friday, February 17, 2012

Perniagaan FOREX di Internet Haram

KOTA BAHARU – Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan hari ini memutuskan umat Islam haram mengamalkan sistem perniagaan pertukaran wang asing.

Pengerusi Jawatankuasa itu, Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata ini kerana perniagaan yang dilakukan melalui pertukaran wang asing seperti itu tidak menepati hukum syarak dan menimbulkan keraguan di kalangan umat Islam.

“Hasil kajian Jawatankuasa ini, kita dapati perniagaan yang melibatkan pertukaran wang asing melibatkan spekulasi mata wang dan ini bercanggah dan berlawanan dengan hukum Islam.”

“Oleh itu, Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan memutuskan bahawa umat Islam diharamkan daripada mengamalkan sistem perniagaan cara demikian,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Ke-98 di sini hari ini.

Abdul Shukor berkata banyak isu yang meragukan mengenai perniagaan pertukaran asing, oleh itu umat Islam tidak perlu menceburkan diri, tambahan pula kegiatan itu melibatkan penggunaan internet di kalangan individu, yang menyebabkan untung rugi tidak menentu.

“Lain-lain jenis perniagaan pertukaran wang asing, seperti melalui pengurup wang atau dari bank ke bank dibenarkan, kerana ia tidak menimbulkan spekulasi mata wang atau untung rugi yang tidak menentu,” katanya.

Beliau berkata keputusan lain yang turut dicapai dalam mesyuarat itu ialah mengharuskan umat Islam membuat pelaburan atau membuat simpanan melalui Skim Sijil Simpanan Premium (SSPM) yang dikendalikan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Katanya keputusan itu dibuat selepas jawatankuasa berkenaan berpuas hati dengan kaedah pelaksanaannya melalui taklimat yang disampaikan oleh pihak penal syariah Bank Negara pada muzakarah itu.

“Pada mulanya, kita meragui tentang kaedah pelaksaaan skim itu tetapi kita berpuas hati setelah sistem perniagaan melalui SSPN itu ditukar konsep Islam iaitu Mudharabah.” – BERNAMA

Thursday, February 16, 2012

Melia Aimiellia 3gp

Semalam dgn hari ni nama pelakon yg baru lepas sekolah menengah ni kecoh kat blog2 hiburan. Semua start dgn blog rotikaya.com yg "claim" diorang dapat gambar2 NSFW minah ni..sama ada betul atau tidak biarlah org punya diri yg menjawab. Perghh mmg lari dari malaysia la lagi elok. Mana nak letak muke kat malaysia ni.

Saje je aku buat post tajuk ni. Ikuti perkembangan semasa dan sensasi la katakan...

Sunday, January 15, 2012

Nemo Oh Nemo

Lama gak x hapdet pasal Nemo ni..dia sudah pulih sepenuhnya..masa mula2 bawak balik rumah asik nk mkn jek..tdo pon x lena..last2 tutup pintu bilik tinggal dia kat luar..nk bg mkn byk2 xleh coz baru lepas potong usus..x pasal2 pecah nnti..

Anyway,sekarang beraT badan dia pon dah naik.dah boleh mkn cam biasa.

Cuma satu problem baru...dia makan banyakk sangat la plakkk..huhuhu

Thursday, December 8, 2011

Nemo Oh Nemo ::Update::

Nemo punya surgery berjaya semalam. Bende yg disangka span atau kain hanya lah gumpalan hairball (bulu2) yg terkumpul masa Nemo merapikan diri.

Cuma major finding ialah Nemo kena "intussusception" keadaan di mana sebahagian usus termasuk dalam sebahagian lagi bahagian usus. Susah nak explain, korang search google image untuk tgk graphic. Keadaan ni boleh juga terjadi kpd manusia. Kalau nak lagi lanjut boleh baca sini.

Jadi sekarang, tunggu luka Nemo sembuh lah. Hoping for speedy recovery.

Tuesday, December 6, 2011

Nemo Oh Nemo ::Update::

Sabtu & Ahad lepas berualang - alik aku ke hospital vet gasing. Condition Nemo masih sama. Kena dipaksa makan. Doktor cakap result blood test semua normal. Kesian tengok dia kat sana. Berteman ngan kucing2 lain & duduk dalam cage. dia x pernah duduk lama2 dalam sangkar. Sentiasa bebas dalam rumah.

Hari isnin doktor update Nemo masih x berubah..

Hari ni,Selasa doktor call & cakap hidung Nemo berair. doktor buat x-ray scan & nampak sesuatu tersangkut dalam perut Nemo. Doktor kata Nemo kena masuk surgery untuk keluarkan benda tu..apala yg dia makan kat rumah ni. Doktor cakap perut Nemo pun dalam bahaya sebb dah lama x makan, jadi kulit perut yang mati kena potong. Harap2 Nemo akan selamat dan sihat dengan cepat..haihh ni yg risau esok nih.

Esok aku update lagi keadaan dia.

Thursday, December 1, 2011

Nemo oh Nemo

Nemo bukan seekor ikan..tapi seekor kucing dari breed Maine Coon..Nemo ni tak de mix2 punya maine coon..pure breed punya..

Hari ni aku ambil cuti semata-mata nak hantar Nemo ke hospital. Masuk hari ni dah nak dekat 10 hari x makan. Kurus dah badan dia. 3 hari lepas dia tinggal kat klinik haiwan area senawang. Doktor tu kata demam so dpt la Nemo 2 injeksen. Semalam klinik tu call kata keadaan dia sama gak..cuma minum & x nak makan sangat. Malam tadi gak aku balik seremban jemput Nemo..terbang RM100.

Hari ni lepas pergi kutip check cancel polisi insuran nyawa aku drive ke PJ. Bawak Nemo ke Gasing Veterinary Hospital plak. Sempat lagi Nemo kencing dalam carrier dia..lepas ni mmg aku letak pampers dalam carrier nih..ini atas rekomendasi breeder maine coon aku. Kalau korang check kat facebook boleh jumpa hospital ni. Guna GPS pun boleh tersesat lagi.bengap btul aku ngan jalan2 KL ni.

Sampai ke lokasi hospital ni 3 tingkat..bersih pulak tu..xde kucing lain yg aku nampak, cuma owner ngan anjing jek yg ada. Lepas daftar & tunggu 10 minit, sorang doc pompuan suruh aku bawa Nemo masuk bilik pemeriksaan. Macam2 soalan dia tanye utk dpt gambaran sebenar. Dalam hati aku bagus betul doktor2 kat sini.ni first time aku dtg sini,x pernah jumpe doktor lain lagi, tapi rasanya semua doktor sama kot. Suhu badan Nemo semua ok doktor kata. Dia kata Nemo kena tinggal kat hospital tu dulu untuk pemeriksaan lanjut.Nemo akan dapat IV drip (ini rasanya masuk air dalam badan kot) ngan buat pemeriksaan darah (klinik kat senawang tu xde bende nih). Esok doktor akan tipon aku untuk hapdet keputusan blood test. Pastu dia bagi semua sebut harga untuk setiap pemeriksaan..dalam hati burst la budget aku bulan nih, tapi Nemo punye pasal apa2 pun BOLEH!.

Sebelum blah dari hospital, kena bayar deposit.nasib baik ada kredit kad, RM300 deposit dia. Apa2 pun aku harap pihak hospital ni boleh kesan penyakit xnak makan Nemo :( esok aku kerja so x dpt nak jenguk. Mungkin hari Sabtu atau Ahad aku ke sana utk lawat Nemo..

nota kaki:
1. Nemo hanya makan Royal Canin. Kat spital tu diorang bagi Science Plan. Kena la aku bawa bila dtg nanti.
2. Sediakan duit yang banyak kalau nak bela binatang :)

Thursday, September 15, 2011

Setahun...

Malam ini genap satu tahun aku single...sob..sob...
Selamat ulang tahun Malaysia!