Monday, January 5, 2015

3 main concerns that many retirees faces at retirement


3 main concerns that many retirees faces at retirement:

  1. Unable to replace their pre-retirement income during their retirement years
  2. The retirement fund that they have is not enough to last their entire retirement years
  3. Effect of inflation to their retirement fund

As a result, these retirees may

  1. Be dependent on financial support either from their family or the government
  2. Outlive their retirement savings
  3. Face with an increased cost of living

3 Kebimbangan Utama yang dihadapi oleh pesara

3 Kebimbangan Utama oleh pesara selepas bersara

1. Pendapatan selepas bersara tidak sama dengan sebelum persaraan. Mungkin tiada atau mungkin sedikit.
2. Dana persaraan yang ada tidak mampu menyara kehidupan sepanjang tempoh bersara sehingga meninggal dunia.
3. Kesan inflasi ke atas dana persaraan. RM1 juta sekarang mungkin cuma RM500K pada 30 tahun akan datang.

Macam aku ni, tiada pencen selepas bersara, kerja swasta la katakan. Masa muda-muda dulu sibuk enjoy, sekarang menyesal dan mula nak menyimpan semula. 

Macam mana anda semua merancang kewangan? kongsi la di ruang komen ye...






Tuesday, December 23, 2014

Keputusan PT3 teruk? Susah sangat ke?

Semalam keputusan PT3 yang menggantikan format PMR telah keluar. hari ni rata2 kecewa dengan keputusan PT3. Ada artikel yg marahkan menteri, ada yang marahkan cikgu, etc..etc..

Bagi aku ini semua alasan yang tak munasabah. Ada je aku tengok pelajar yang dapat 11A. Camna tu? Manusia memang sukar untuk terima sesuatu perubahan, betul tak? cuba renungkan ye..

Jangan menuding jari kepada orang lain.

P/S: Tahniah kepada pelajar MOZAC yg mencapai keputusan cemerlang PT3. Dengarnya Top 5 dikalangan SBP dan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) yang lain. Tanhniah juga kepada guru2.

Daripada:
Student PMR 1997 - The best PMR batch in MOZAC History.

Thursday, December 11, 2014

Harimau Malaya ke FINAL!!!

Yahoo!!! Team Harimau Malaya berjaya juga ke Final Piala AFF Suzuki. Kalahkan Vietnam dengan aggregat 5-4. Lepas ni kita jumpa sekali lagi Thailand di Final.

Risau juga sebab 15 minit terakhir perlawanan Vietnam menyerang habis-habisan. Pemain-pemain Malaysia pula nampak dah keletihan. Dari bawah pommm!!! tendang ke atas. Mana larat striker kita nak kejar.

Apa2 percaturan jurulatih Dollah Salleh berjaya kali ni. Piya akhirnya dimasukkan buat kali pertama. Dia assist untuk gol kedua. Mungkin jika diberi lebih banyak peluang untuk bermain, dia mampu mengawal perlawanan.

Tahniah buat pemain dan barisan jurulatih Harimau Malaya.

Thailand!!! We see you in Final!!!

p/s: Gajah putih lawan Harimau..huhu

Friday, November 21, 2014

NEW AND GENUINE EVISU GENES NO. 2 LOT 2000 FOR SALE

PRICE: RM1500.00
RETAIL PRICE IN KLCC: RM1839.00

BOUGHT IN TOKYO DAIKANYAMA " EVISU THE TOKYO".

WHITE GULL WERE CUSTOM PAINTED. THE SHOP PAINTED ONCE PAYMENT MADE.

SUITABLE FOR MEN AND WOMEN.

NEW AND NEVER BEEN USED. SO NEVER BEEN WASH.

SIZE WILL SHRINK FROM 28" TO 27" AFTER WASH. WASHING INSTRUCTION WILL BE PROVIDED.

IF INTERESTED, PLEASE LEAVE YOUR CONTACT IN COMMENT.































Thursday, October 30, 2014

Melabur dalam Emas

Ada sesiapa yang mahir dalam pelaburan emas tak? kalau ada marilah sini approach aku dan cerita macam mana nak melabur dalam emas ni.

Emas delay lah, public gold lah, macam2. Tapi baru2 ni dengar ada kes emas delay duit tak dibayar ke pelabur kan?

Aku ada lah juga setahun sekali beli rantai emas 10gram (simpan dalam peti) pastu beli 10g emas dekat Gold Saving Account public bank. Semuanya setahun sekali. Pernah dulu beli masa harga emas tinggi RM176/g ..tengah pening dah 2 tahun simpan sebab itu boleh dikatakan rugi sebagai pelabur. Simpan dalam ASB kompom2 dah dapat 8% setahun.

Sekarang tgk emas pun dah turun harga Rm122/g aku nampak kat kedai Emas Kuala Pilah. Hmm mungkin masa untuk beli emas dah sampai kot. Simpan untuk masa depan.

Rumah Artis terkenal Dilelong?

Macam biasa aku akan subscribe kepada beberapa syarikat pelelong untuk menghantar listing rumah lelong. Pagi ni masa baca salah satu listing ternampak kondominium Armanee Terrace akan dilelong. Bila scroll lagi ke kanan nak tgk owner siapa, ternampak la nama yang macam familiar. Nama artis drama dan filem yg pernah popular satu masa dulu. Perkara pertama yg masuk dalam fikiran aku "Eh ini pelakon tu kan?", terus aku suruh secretary aku (baca Google) untuk check dengan siapa dia kahwin. Sebab dalam listing tu ada nama wife dia sekali. Hmm kesian juga kat diorang. Tapi nak buat macam mana kan, mungkin ada sebab2 kewangan yg diorang tak dapat nak bayar ansuran bulanan rumah ni.


So sesiapa yg berminat nak dapat duduk kondominium yg boleh dikategorikan sebagai termahal di Damansara Perdana, cubalah hadirkan diri pada hari lelongan yer.

Kalau ikutkan ini ialah lelongan kali pertama sebab Reserve Price sama dengan Market Price.

Mengenai Armanee Terrace, in English ya...


Terima Kasih http://www.propwall.my/ atas info berkenaan Armanee Terrace. Member aku ada la beberapa orang yg duduk sini. Aku sendiri tak pernah sampai. Anyway selamat membeli.