Monday, July 30, 2012

Automated Enforcement System (AES) location in Malaysia

Pernah dengar pasal AES? Omputih sebut Automated Enforcement System. Benda alah ni gunanya utk ambil gambar kenderaan yg dipandu melebihi had laju. Kurang la sikit kerja polis time2 cuti perayaan nanti. X perlu berhujan panas lagi dah. Dengarnya akan beroperasi sepenuhnya tahun ni, tapi lokasi belum diketahui. Hari ni ada member aku update kat fb yg di Putrajaya dah ada satu. Flash power camera AES ni. So sapa2 yg silau tu jgn la pandu laju2. Berpinar mata nanti. Pada pandangan aku kerajaan perlu bina satu lebuhraya khas utk kelajuan 150 ke atas utk kereta2 berprestasi tinggi ni..macam Auto Bahn kat Jerman tu..pandu bawah dari speed 150km/h korang kena saman. Baru la sesuai keta2 BMW, porsche, ferrari, VW GtI boleh tunjuk kelajuan masing2. Lebih lanjut pasal AES dan gambar boleh rujuk kat sini... http://www.zerotohundred.com/newforums/automotive-news/414903-automated-enforcement-system-aes-covering-our-roads-very-soon-3.html

Friday, July 20, 2012

Aku Tak Bersalah

Aku dengar lagu ni masa tengah driving dari Seremban ke Melaka. Mula2 ingat kumpulan Slam. Rupa-rupanya dari Pearl. Lagu2 sekarang ni memang x dapat lawan la lagu2 zaman 90-an.. sila layan lirik dan video clip...layannzzzz

Aku Tak Bersalah 

Sepanjang percintaan penuh cabaran
Dugaan kutempuhi redha
Tetapi terpaksa cinta
Berakhir di sini

Telah berulang kali sengaja kau ulangi
Kesilapan sama serupa
Setia di depan mata
Curang di baliknya

Memang benar tanpa kusedari
Dalam diam hatiku pedih
Lantaran sikapmu melukakan
Mengguris hati dan perasaan
Rupa-rupanya kasih sayang darimu
Dusta semata

Seandainya detik dan waktu
Dapat kuputar kembali
Ingin sekali lagi rasanya
Untuk kujatuh cinta semula
Namun yang pasti bukan dengan mu
Yang penuh palsu

( korus )
Bukan sengaja aku menyakiti
Dirimu yang tak mungkin memahami
Erti kejujuran sebenar di dalam bercinta
Janganlah pula aku disalahkan
Kiranya kau diburu kekesalan
Tangis di akhirnya tak bermakna

Sepanjang percintaan penuh cabaran
Dugaan kutempuhi redha
Terpaksa ku biar cinta
(Tetapi terpaksa cinta)
Berakhir di sini

( ulang dari korus )

Terpaksa kubiar cinta berakhir di sini