Friday, December 31, 2010

Hari terakhir 2010, Selamat Datang 2011

Hari ni hari terakhir 2010. Tahun yg aku rasakan paling mencabar dalam kerjaya dan hidup aku. Mungkin Allah nak menguji aku yg selama ni merasakan hidup ni mudah dan xde cabaran. Banyak suka dan duka yg aku hadapi pada tahun ni dan aku harap apa yg terjadi ni akan membuat aku lebih tabah utk menghadapi tahun2 mendatang.

Antara perkara2 penting yg terjadi sepanjang tahun 2010:-

1. Company aku adakan "shutdown/revamp" untuk menaikkan lagi kapasiti pengeluaran. Aku dilantik menjadi leader untuk semua rotating equipment yg baru. Tempoh masa shutdown ni selama 3 bulan. Sepanjang 3 bulan ni lah aku bekerja sampai lewat malam dan tanpa henti selama 90 hari. Tanpa henti yg aku maksudkan kat sini ialah...aku kerja x kira weekend atau public holiday. So sepanjang Januari sampai Mac aku kerja macam nak mati.

2. Nenek yg aku sayangi (sebelah ayah) meninggal dunia pada bulan Januari. Hanya 2 hari aku tinggalkan kerja aku dan kemudian kembali bekerja. Alhamdulillah aku sempat juga melawat beliau beberapa hari sebelum pergi. Sempat dia bertanya "bila nak berkahwin" dan jawapan yg aku berikan "kalau ada jodoh akhir tahun ni atau tahun depan aku akan berkahwin". Sekarang hanya tinggal seorang sahaja lagi nenek (sebelah emak) yg juga bertanya soalan yg sama setiap kali berjumpa.

3. Bos aku nampak kesungguhan aku dan memberi aku rating 1 untuk pencapaianku. Ini bermakna 4 bulan extra bonus untuk aku. Alhamdulillah dan terima kasih kepada semua yg membantu menjayakan projek.

4. Bulan 7, sekali lagi syarikat aku adakan shutdown/turnaround Phase 2. Kali ni satu bulan aku pulun kerja hinggalah bulan puasa. Memang x dinafikan aku memang penat dan rasa bosan dengan kerja.

5. Bulan 9, aku menjadi single. Ya!! aku single pada bulan ni (2nd week hari raya).Hubungan selama 8 tahun musnah dalam masa 10 minit. Ni lah yg dikatakan xde jodoh. Walaupun sudah hampir 3 bulan, aku masih x dapat lupakan dia. 1st love la katekan.

So itulah dia sedikit sebanyak perkara penting yg berlaku dalam hidup aku sepanjang tahun 2010. Bila aku toleh semula ke belakang, aku dapat lihat sesuatu kejayaan itu pasti akan ada pahitnya. Apa yg terjadi dalam personal life ku membuktikan kenyataan ini. Buat masa ni aku malas nak fikir tentang perhubungan sebab aku x dapat lagi lupakan si dia. X tau berapa lama, tapi semoga Allah tunjukkan jalan dan tabahkan aku.

Thursday, November 11, 2010

Terminal Satay Zul, Kuantan, Pahang

Aku datang Kuantan ni sebab ada training by vendor tempat aku kerja. Free training. Ni first time aku stay kat Kuantan. Aku lepak kat Hyatt Regency Kuantan Resort. Boleh tahan resort ni. Scenery pun cantik. Macam 4-5 star nyer resort jek. Tapi kalau aku tgk kat rating internet tulis 3-star jek. Anyway..aku kat sini 3 hari jek. Esok last day aku. Igt nak ikut jalan dari gambang n balik ke kampung aku kat Jelebu.

Ada sorang mamat chinese yg aku kenal masa dalam kelas tu recommend restoran satay ni. So mlm ni aku pergi ngan member satu company aku. Restoran ni Terminal Satay Zul ni 2 tingkat. kalau dari Hyatt Regency atau Teluk Cempedak tu xde la jauh sangat. Dalam 5 kilometer jek. Kedai ni bukan setakat jual satay. Korang leh order makanan yg goreng2 gak.

Rasa satay dia boleh tahan. Cuma bagi aku kuah kacang dia x cukup 'kick'. Satu cucuk satay ayam RM0.60. Satay daging & kambing pula RM0.70. Ada gak satay arnab, perut, beancurd. Aku recommend sapa2 nak pergi tu try dia punya satay kambing. Sedap siottt..Satu lagi pesanan aku, kalau nak satay kambing or daging..korang kena sampai kat kedai tu sebelum pukul 8. Kalau x confirm habis. Kedai ni mmg ramai yg datang..

Ni ada few snapshot dari Samsung Galaxy S aku..hehehe






Tuesday, September 14, 2010

Pontianak Harum Malam. Real Pontianak Captured on Video ?!

Judge the clip by yourself. The video was titled Pontianak Lepar Hilir Pahang. It was said to be accidently captured by a police officer who was on night shift with their colleague. 2 of the police officers were playing chess wen suddenly a woman with white cloth passed by their windows. Watch the video till the end. Don't fall sick.

Update: I watched this clip at 3 AM and dammnnn...meremang bulu roma aku!

Iklan Hari Raya TV3 yg diHARAMkan

1st off all Selamat Hari Raya aku ucakan kepada semua pembaca blog aku ni. Maaf Zahir dan Batin kalau ada post2 aku yg menyinggung perasaan.

Yesterday, i received an invitation from one of my senior to join a Fcebook group "membantah iklan raya 2010 TV3". I search youtube and found this video.


What come to my mind after watching this video were:-

1. Why is there element of Cristmas and Deepavali in the video. This is not combination of the festivals.
2. Who approved that video to be aired on National television? Maybe not a Muslim. 
3. Who is the director of that video? He/She do not have the spirit of Hari Raya. Maybe he is not Muslim. or a Muslim with no spirit of Hari Raya during his/her childhood time.

I think this year's Hari Raya TV ads were not interesting as previous years. Maybe no more creative directors in Malaysia.

p/s: PETRONAS TV ads also not so "touching" this year.

Sunday, September 5, 2010

Lokasi Speed Trap di Malaysia 2010 (credit to Nismo Club Forum)

Ada sorang user forum nismoclub letak posting pasal speed trap location for this Raya 2010 Ops Sikap. I'm just copy-paste what he posted. Anyway, to all, drive as per the specified limit. No rushing kay. Ingat org tersyang yg sedang menunggu kepulangan kita di Hari Raya. Bukan tunggu kepulangan badan yg kaku..

Place of offence Speed Limit Office/Station
Central
KM 15 jalan KL-RAWANG-KL HAD LAJU 90KM/J Gombak (Selayang)
KM 32 L/RAYA KL-KARAK HAD LAJU 90KM/J Gombak (Selayang)
KM 433 L/RAYA UTARA-SELATAN HAD LAJU 110KM/J Gombak (Selayang)
KM 444 L/RAYA UTARA-SELATAN HAD LAJU 110KM/J Gombak (Selayang)
KM 447 L/RAYA UTARA-SELATAN HAD LAJU 110KM/J Gombak (Selayang)
KM 400 L/RATA UTARA-SELATAN HAD LAJU 110KM/J Hulu Selangor (KKB)
KM 13 L/RAYA CHERAS KAJANG HAD LAJU 90KM/J Kajang (H/Langat)
KM 289 L/RAYA JB-KL-JB HAD LAJU 110KM/J Kajang (H/Langat)
JALAN IPOH HAD LAJU 80KM/J Kuala Lumpur
JALAN MAHAMERU HAD LAJU 80KM/J Kuala Lumpur
KM 6.2 KL-SBN H'WAY HAD LAJU 80KM/J Kuala Lumpur
MRR2 BKT JALIL HAD LAJU 90KM/J Kuala Lumpur
KM 59 T/INTAN-KLANG HAD LAJU 60KM/J Sabak Bernam
KM 62 T/INTAN-KLANG HAD LAJU 80KM/J Sabak Bernam
KM 64 T/INTAN-KLANG HAD LAJU 60KM/J Sabak Bernam
KM 11 NKVE HAD LAJU 110KM/J Shah Alam
KM 5.5 L/RAYA ELITE HAD LAJU 90KM/J Subang Jaya
KM 8.5 L/RAYA ELITE HAD LAJU 90KM/J Subang Jaya
KM 35 L/RAYA KESAS HAD LAJU 90KM/J Subang Jaya
KM 44 L/RAYA KESAS HAD LAJU 90KM/J Subang Jaya

Upper North
KM 13.2 K/PERLIS-CLN HAD LAJU 90KM/J Kangar
KM 13.4 K/PERLIS-CLN HAD LAJU 90KM/J Kangar
KM 8 JALAN KULIM MAHANG HAD LAJU 60KM/J Kulim
KM 72 L/RAYA UTARA-SELATAN HAD LAJU 110KM/J Pendang
KM 12.6 BORR BAGAN AJAM HAD LAJU 80KM/J SPU (Butterworth)

Lower North
KM 23 jalan IPOH-LUMUT HAD LAJU-90KM/J Batu Gajah (Kinta)
KM 6 TK INTAN-BIDOR HAD LAJU 60KM/J Hilir Perak (T/Intan)
KM 6 TK INTAN-S/BERNAM HAD LAJU 60KM/J Hilir Perak (T/Intan)
KM 19 T/INTAN-BIDOR HAD LAJU 60KM/J Hilir Perak (T/Intan)
KM 58 IPOH-T/INTAN HAD LAJU 60KM/J Hilir Perak (T/Intan)
jalan TASEK IPOH HAD LAJU 70KM/J Ipoh
KM 11.5 jalan IPOH-C.HIGHLANDS HAD LAJU 60KM/J Ipoh
KM 32 jalan IPOH-KL HAD LAJU 80KM/J Kampar (Kinta)
KM 301 L/RAYA UTARA-SELATAN HAD LAJU 90KM/J Kampar (Kinta)
KM 26.5 jalan IPOH-K/KANGSAR HAD LAJU 60KM/J SSU (K/Kangsar)
KM 77 IPOH-GRIK HAD LAJU 90KM/J Kuala Kangsar
KM 239.7 L/RAYA UTARA-SELATAN HAD LAJU 110KM/J Kuala Kangsar
KM 38 jalan IPOH-LUMUT HAD LAJU 90KM/J Perak Tengah
KM 365 L/RAYA UTARA-SELATAN HAD LAJU 110KM/J Slim River (B/Padang)
KM 388 L/RAYA UTARA-SELATAN HAD LAJU 110KM/J Slim River (B/Padang)
KM 214.7 L/RAYA UTARA-SELATAN HAD LAJU 110KM/J Taiping (L/Matang)
KM 223.8 L/RAYA UTARA-SELATAN HAD LAJU 110KM/J Taiping (L/Matang)
KM 10 jalan BIDOR-T/INTAN HAD LAJU 60KM/J Tapah (B/Padang)
KM 46 jalan IPOH-T/INTAN HAD LAJU 60KM/J Tapah (B/Padang)
KM 81 jalan IPOH-KL HAD LAJU 60KM/J Tapah (B/Padang)
KM 339 L/RAYA UTARA-SELATAN HAD LAJU 110KM/J Tapah (B/Padang)




East Coast
KM 40 L/RAYA KL-KARAK HAD LAJU 90KM/J Bentong
KM 45 L/RAYA KL-KARAK HAD LAJU 90KM/J Bentong
KM 64.6 L/RAYA KL-KARAK HAD LAJU 90KM/J Bentong
KM 66 jalan K/TRG-KTN HAD LAJU 70KM/J Dungun
KM 120 K/BHARU-G/MUSANG HAD LAJU 90KM/J Gua Musang
KM 123 K/BHARU-G/MUSANG HAD LAJU 80KM/J Gua Musang
KM 97 jalan K/BHARU-G/MUSANG HAD LAJU 60KM/J Kuala Krai
KM 98 K/BHARU-G/MUSANG HAD LAJU 60KM/J Kuala Krai
KM 14 jalan LIPIS-MERAPOH HAD LAJU 70KM/J Kuala Lipis
KM 41 jalan LIPIS-MERAPOH HAD LAJU 70KM/J Kuala Lipis
KM 21 jalan KUANTAN-GAMABANG HAD LAJU 80KM/J Kuantan
KM 197 jalan KTN/KTRG HAD LAJU 90KM/J Kuantan
KM 33 jalan K/BHARU-G/MUSANG HAD LAJU 60KM/J Machang
KM 50 jalan K/BHARU-G/MUSANG HAD LAJU 60KM/J Machang
KM 30.5 jalan K/BHARU-TERENGGANU HAD LAJU 60KM/J Pasir Putih
KM 334-333 jalan K/L-K/B HAD LAJU-80KM/J Raub
KM 349-348 jalan K/L-K/B HAD LAJU-80KM/J Raub
KM 73 jalan K/BHARU-JELI HAD LAJU 70KM/J Tanah Merah
KM 41 JERANTUT-TEMERLOH HAD LAJU 90KM/J Temerloh
KM 42 JERANTUT-TEMERLOH HAD LAJU 90KM/J Temerloh
KM 101 LPT KTN HAD LAJU 110KM/J Temerloh
KM 126 jalan KTN-KL-TEMERLOH HAD LAJU 60KM/J Temerloh

Upper South
KM 209 L/RAYA KL-JB HAD LAJU 90KM/J Alor Gajah
KM 178 L/RAYA HAD LAJU 110KM/J Jasin
KM 181 L/RAYA HAD LAJU 110KM/J Jasin
KM 4 jalan MELANG-K/PILAH HAD LAJU 70KM/J Kuala Pilah
KM 32 jalan SEREMBAN-K/PILAH HAD LAJU 70KM/J Kuala Pilah
KM 5 jalan MALIM-MELAKA HAD LAJU 70KM/J Melaka Tengah
KM 12 A/KEROH-MELAKA HAD LAJU 80KM/J Melaka Tengah
KM 4 jalan SBAN-PILAH (PETRONAS) HAD LAJU 70KM/J Seremban
KM 250 L/RAYA KL-JB HAD LAJU 110KM/J Seremban
KM 256 L/RAYA JB-KL HAD LAJU 110KM/J Seremban
KM 268 L/RAYA KL-JB-KL HAD LAJU 90KM/J Seremban

Mid & Lower South
KM 100 L/RAYA UTARA-SELATAN HAD LAJU 110KM/J Batu Pahat
KM 12 L/RAYA UTARA-SELATAN HAD LAJU 110KM/J Johor Bahru Utara
KM 13 jalan J/BHARU-SENAI HAD LAJU 80KM/J Johor Bahru Utara
KM 21 J/BAHRU-PTN HAD LAJU 70KM/J Johor Bahru Utara
KM 14 J/BAHRU-ULU TIRAM HAD LAJU 70KM/J Johor Bahru
KM 15 jalan KLUANG-T.W.HENG HAD LAJU 60KM/J Kluang
KM 37 J/BAHRU-MERSING HAD LAJU 60KM/J Kota Tinggi
KM 44 J/BAHRU-MERSING HAD LAJU 60KM/J Kota Tinggi
KM 19 L/RAYA UTARA-SELATAN HAD LAJU 110KM/J Kulai Jaya
KM 31 L/RAYA UTARA-SELATAN HAD LAJU 110KM/J Kulai Jaya
KM 46 L/RAYA UTARA-SELATAN HAD LAJU 110KM/J Kulai Jaya
KM 49 L/RAYA UTARA-SELATAN HAD LAJU 110KM/J Kulai Jaya
KM 170 L/RAYA HAD LAJU 90KM/J Ledang
KM 172 L/RAYA HAD LAJU 110KM/J Ledang
KM 9 jalan MUAR-MELAKA-KESANG HAD LAJU-80KM/J Muar
KM 236 L/RAYA J/B-KL HAD LAJU 110KM/J Rembau
KM 135 jalan J/B-SEREMBAN-CHAAH HAD LAJU 60KM/J Segamat 

Sunday, June 20, 2010

Nota Cinta @ Coffe-mate

Korang dah layan 3 episod lengkap Nota Cinta? Kalau belum ni dia...







p/s: Masa episode 1st aku igt husband dia dah xde..tp tekaan sudah salah..hehehe..Happy Ending jugak akhirnya.

Saturday, June 19, 2010

Movie Review: The A-Team



Korang dah pergi tgk The A-Team atau The Alpha-Team? Kalau belum aku cadangkan korang untuk pergi sekarang. Best siot citer tu. Jalan cerita serious & comedy tapi semua masuk akal.Kalau korang mmg tgh tensen2 pergi la layan citer The A-Team ni. Confirm release tension. Selamat menonton.

Sunday, June 13, 2010

Awek ini sungguh lawa

Ini video clip official World Cup 2010 Africa.Nyanyian Nancy Ajram & K'naan. Melodi dia ada cam nasyid skit. Aku rasa dalam byk2 world cup punya theme song, yang nilah paling best. Sila layan...

Buku: Agenda Yahudi Menakluk Dunia

Tadi aku pergi Jaya Jusco Seremban, semata-mata nak pergi Popular & MPH. Ingatkan nak cari buku2 pasal Herba tapi kat Popular xde jual plak. Tapi aku beli buku "Agenda Yahudi Menakluk Dunia". Bila baca sinopsis macam tertarik nak tau dgn lebih lanjut pasal agenda kaum Yahudi ni. Turut terkandung dalam buku ni 24 Protokol Yahudi atau dalam bahasa Inggeris "The Protocols of the Learned Elders of Zion". Bila selak2 baca protocols ni nampak sangat agenda tersembunyi diorg.Kalau ada masa aku akan tulis sedikit isi2 kandungan buku ni.


Kat Popular buku ni harga RM17.90. Bila aku search kat internet pula ada RM12.75 di BookCafe.

Kadang2 sekali sekala bagus jugak kita baca buku2 sebegini untuk tambah ilmu pengetahuan kita.Sekian.

Saturday, June 12, 2010

69 acres land along Nilai highway for SALE RM15 Million

69 acres agricultural land along Nilai highway for sale. Price RM15 Million.

Interested, please contact me.

69 ekar tanah pertanian sepanjang highway Nilai untuk dijual. Harga RM15 Juta.

Berminat sila hubungi saya.

Friday, June 11, 2010

World Cup 2010 Starts Tonight!!!

Yeah..akhirnya World Cup datang lagi. Kali ni aku rasa edisi paling menarik. Kita akan tgk mcm mana negara Eropah main kat cuaca panas. Sure cepat pancit. Masa Confederation Cup hari tu pun Brazil yg menang.

Aku dah siap main speculate sapa yg masuk Final nanti..aku rasa Brazil & Spain akan ke final..Itu pun kalau masing2 juara Kumpulan masing2. Ape2 pun kita tunggu dan lihat. Harap2 1st game malam ni menarik perhatian aku. Bafana Bafana lawan Mexico.. Kalau tgk dari friendly matches sedelum ni, aku rsa Mexico akan menang, tp Afrika Selatan main dekat home turf, so dapat sorakan ngan gendang2 diorg yg kuat tuh.

Tu je entry untuk hari ni..bersambung esok..chioww

Monday, June 7, 2010

Kunyit Hitam..

Korang pernah tahu or pernah dgr pasal kunyit hitam? Rupa pokok kunyit hitam tu pernah tgk? Aku baru tgk last Saturday masa aku melawat rumah famili angkat sepupu aku.

Tgh borak2 kat tangga rumah ngan rosli ngan pakcik A (nama aku x igt), pakcik A bgtau yg kat halaman rumah tu bukan pokok bunga, tapi pokok kunyit hitam. Aku tanya la apa kegunaannya..Pakcik A ngan Rosli cakap kunyit hitam tu antara khasiat lain boleh elak org nak hantar ilmu hitam or sihat kat tuan rumah. Biasan nya org2 asing ni kan bila datang Malaysia kena ada ilmu, kalo x mmg xleh nak hidup la kat Mesia ni. Camtu la diaorg bilang. Diorg cakap jugak, nak lagi best, letak jugak pokok limau kat depan rumah. Confirm lagi takut diorg yg ada ilmu x baik ni nak datang dekat. Itu antara pantang larang.

Pakcik A ngan Rosli jugak cakap, kalau kita tanam bende ni sorok2 atau selai daun kita campak dalam hutan, org yg ada ilmu2 ni mmg akan tahu kunyit hitam ni ada berdekatan. Cuma kalau nak amik daun or kunyit hitam ni, xleh amik time senja..bila nak dekat maghrib tu..dikatakan "power" dia akan hilang. Pakcik tu jugak cakap, setiap malam Jumaat, pokok kunyit ni ada bau2 kemenyan. Meremang jap bulu roma aku..Wallahualam...

Well, byk bende2 baru yg aku belajar bila follow sepupu aku sorang ni. Bila pikir balik, tumbuh-tumbuhan herba ni byk kegunaan nya. Masa dulu mana ada klinik, hospital macam skarang. Nenek moyang kita semua berubat guna herba2 ni. Aku ingat aku nak cari anak2 pokok2 herba and tanam kat kampung. Tanam biasa2 jek, bila nampak tanah kat kampung tu sesuai untuk pokok ni, baru la buat besar-besaran.

Note: Aku jumpa nursery yg jual anak pokok kunyit hitam kat internat tapi mahal, RM55 satu polibeg..huhuhu

Thursday, June 3, 2010

Looking for 10000 acres of agricultural land

10000....not 1000..not 100...acres of land. If you read this, please inform me.

1. The land must be in Johor, Selangor or Ipoh.
2. Must be under 1 owner.
3. If possible planted with rubber trees.

Who is the buyer? A friend of my uncle whose contact is a Dato' whose connected with this investor. So if you found this land, please inform me.

Saturday, May 29, 2010

Penangan Fasha Sandha berkemban

Wah..hot gila tajuk post aku hari ni..Saja ja aku letak tajuk camni nak tgk berapa ramai agaknya yg masuk my blog ni..

Sebb aku tulis post ni ialah perbezaan iklan masa slot Cerekarama TV3 last week and this week. Last week Fasha Sandha yg berlakon. Aku x ingat tajuk apa tapi cerita pasal satu perigi buta yg lama. Watak heroin dia Fasha Sandha. Ada adengan Fasha Sanda berkemban, pastu kena r*g*l & lain2. Sesama yg tgk citer ni last week korang x rasa iklan sepanjang citer ni banyak & lama ke? Citer 10 minit pastu iklan sampai 10 minit gak. Jauh beza ngan iklan untuk minggu ni, citer tajuk 21 Hari. Pelakon pun x best sangat.

Aku rasa camtu la pihak2 advertiser nak me"laku' kan produk diorg. Diorang ingat penonton2 kat rumah mesti x lari dari depan TV sebb nak tgk aksi2 Fasha. TV3 pulak sure untung banyak untuk malam tu, coz iklan banyak masuk. Cewah, macam berblogging plak.hehe..Apa2 pun pada TV3, tolong la jgn letak iklan lama2. Aku yg duduk depan tv last week pun dok cari channel yg best termasuk la AF Final yg Shahir menang tuh.chiow sin ci!! :P

p/s: Tahniah Shahir, lagu ko tu mmg sedap telinga aku dengar!

Monday, May 24, 2010

Movie Review: Robin Hood

Aku tgk citer ni semalam kat MBO, Melaka Mall. Tempoh tayangan dalam 2 jam setengah x salah aku.

Masa aku mula2 tgk traile, aku ingat macam cite Robin Hood biasa. Maksud aku 'biasa' tu ialah Robin Hood yg suka curi harta bende milik kerajaan England masa tu pastu bagi hadiah kat org miskin. Tapi citer kali ni macam prologue macam mana Robin Hood boleh di usir dari undang2 England and jadi seorg outlaw yg tinggal dalam hutan bersama pengikut setia nya.

Cite ni pasal Robin Longstride, seorang askar, pemanah, yg tlh ikut King Richard pergi berperang. Lama die ikut King Richard pergi berperang, dalam 10 tahun tinggalkan England. So nak jadi citer King Richard mangkat masa perang kat France. So Robin Longstride dan 3 kawan dia ni melarikan diri dari kelompok askar England tadi.

Masa melarikan diri tu diorg terserempak dgn satu team kesatria yg tgh bawa mahkota King Richard, nak bawak balik ke England, untuk bagi kat bakal Raja yg baru, King John. So Robin menyamar jadi ketua satria tu, Robert Loxley.

Start dari sini lah Robin dan rakan2 nya tolong penduduk Nottingham dan Robin kenal asal usul dia. Lupe nak bgtau Robin x tau asal usul coz dia x ingat bapa dia kena bunuh. Masa kat Nottingham, Robin kenal dgn ayah Robert Loxley, iaitu Sir Walter Loxley. Dia ni lah yg ceritakan kat Robin asal keturunan Robin.

Macam mana Robin dibenci dek King John? Masa citer ni England tgh berperang dgn France. So dalam istana ada seorg cancellor yg baru dilantik, Godfrey. King John ingat dia baik, tp Godfrey ni ada bersekongkol ngan Raja Philip dari France untuk guling istana England and Godfrey nak amik takhta. King John ni plak x mahir dalam perang, aku senang cakap mmg budus tahap gaban. kalao harapkan dia jadi ketua perang, mmg lingkup la England.

Tapi Robin Hood la yg satukan rakyat England, and perang dgn France. England menang, thanks to Robin Longstride. Oleh kerana jealous tahap gaban, King John ni terus keluarkan arahan untuk tangkap Robin Hood dan sesiapa jek yg bersekutu dgn dia. Sebab tu la dia lari dan tinggal dalam hutan.The End~

Rating aku untuk filem ni 8/10. Berbaloi tiket RM9 yg aku beli. Cuma dalam citer ni x tunjuk sangat kehebatan Robin Hood memanah, ada 3 scene jek aku rasa menarik, 2 kali masa memanah Godfrey dan masa last sekali dia panah ke pokok. Citer ni arahan Ridley Scott,awek pulak Cate Blanchet, mmg seswai bagi aku. Citer ni macam Gladiator jugak , ada scene Robin Hood bagi kata2 semangat kat semua rakyat England. Kepada yg tak tgk lagi, sila la pergi yerk..

Saturday, May 15, 2010

Movie Review: My Name Is Khan



Aku tgk citer ni malam tadi. Aku beli dvd citer ni dah lama dah, sebulan lepas kot. Tp malam tadi baru ada masa nak layan, tu pun sebb kecewa tgk Malaysia kalah ngan China (Thomas Cup).

Lakonan Shah Rukh Khan and Kajol, best Bollywood couple of all time (ye kan?). SRK pegang watak Rizvan Khan, seorg pemuda Muslim yg menghidap penyakit autism. Korang ada tgk Forrest Gump? camtu la org hidap autism. 1st aku rasa SRK pegang watak org kurang upaya. Latar belakang cerita ni semua kat USA. Aku pernah tanya org India masa aku pergi Mumbai dulu, kenapa semua latest Bollywood film buat kat oversea? Diorg kata, kalau buat dekat India, rakyat2 dia yg terlalu ramai tu akan keliling set tgk hero-heroin diorg belakon.. tu la pasal byk buat kat oversea, kurang sket gangguan.

So, lepas kematian mak dia, Rizvan follow adik dia ke US. kat sana dia kena kerja as salesman product adik dia. Nasihat aku, jgn suruh org yyg ada autism jual produk. confirm x laku, kenapa aku cakap camni? korang kena tgk dulu citer ni.hehehe

Masa dia jual produk, terjumpa la dia ngan Mandira, lakonan Kajol. Ermm..Kajol dah agak chubby dalam film ni. Mandira, seorg janda & ada anak seorg anak (Sameer), kerja kat saloon rambut.Dia bukan Islam, tp anut Hindu. So macam biasa hero confirm dapat ngorat heroin.. diorg pun kawin. Kira kawen campur la tp sorang Hindu, sorang Islam.

Masa nilah 9/11, tower WTC kena attack, so org US benci gile ngan org Islam, yg kena tempias family diorg la. satu hari anak diorg kena attack lepas main bola & mati, so Mandira yg sayang gila kat anak dia ni tuduh Rizwan la punca anak dia mati. Dia suruh Rizvan jangan balik ke rumah selagi x pergi jumpa Presiden Amerika n bagitau "I am a Khan, and I am not a terrorist". Dari sinilah kisah Rizvan mulakan langkah jumpa Presiden US, bukan senang sorang rakyat biasa nak jumpa presiden.

OK x perlu citer lagi byk, korang kena layan sendiri. Citer ni x mcm citer Hindustan lain yg byk lagu2 n joget2. Aku rekomen korang tgk citer ni sebb ada gak scene tetiba jadi sayu, sob2..tapi x nangis la yek.hehehe. Aku rasa aku bagi citer ni rating 8/10. Kalau org US tgk cite ni aku rasa diorg boleh sedar kot x semua org Islam kat dunia ni jahat. Insya allah..Tgk tau jgn x tgk..

Monday, May 10, 2010

Lelaki Muda Boros - Real case study - myself

Hari ni aku baca paper Utusan Malaysia, ada tajuk seperti di atas "Lelaki Muda Boros", so aku nak buat real case study atas diri aku. Umur 28 kira muda lagi la kan?hehehe

Mmg x dinafikan sekarang ni ada macam2 gadget and accessories yg canggih2 n membuat kan aku teringin nak beli. Tp Alhamdulillah walaupun ada few hutang yg belum langsai semuanya masih "under control". Dalam masa yg sama aku ada few passive income yg tolong support hidup aku bulan2. Aku rasa biarlah korang tau apa hutang2 aku so lepas ni kalau korang nak minta aku masuk MLM / insurans..sorry aku x dapat nak join. dari list2 di bawah korang boleh estimate kot commitment aku setiap bulan. Antara commitment wajib aku setiap bulan ialah:-

1. Kereta
2. Rumah (aku dapat rumah lelong ni)
3. Insurans (ada 3 beb, Prudential, HSBC Manulife and Ambank). Tapi xpe coz apabila dah matang, boleh jadi income kemudian hari.
4. Bil (telefon, celcom broadband)
5. Sewa rumah (termasuk astro, utilities, etc)
6. Personal Loan & Overdraft ASB
7. TV 40" yg aku menang dari Lelong.com.my hari tu (20 bulan beb commitment).
8. Hutang credit card

Itu x campur lagi duit yg aku kena spend untuk petrol, makan minum and entertainment. Korang rasa berapa byk yg tinggal untuk aku simpan setiap bulan?

OK, tadi tu hutang, so antara income aku plak:-
1. Gaji
2. Duit sewa rumah - aku guna duit ni untuk settlekan hutang rumah di atas. hehe..penyewa settlekan hutang aku. Lepas tu ada balance lebih utk aku spend (positive return beb..). Kalau aku jual plak ikut market price aku untung lagi RM20K.Best x?
3. Dividen ASB - duit ni dapat hujung tahun, so aku akan settlekan overdraft ASB kat atas.
4. KWSP - company tolong bayar
5. Mutual Fund - Ada 3 fund. aku x berapa aktif sgt, labur sekali pastu biar jek. Walaupun aku tau step ni salah.huhuhu
6. Partnership business carwash - Ini baru start semalam 9 May 2010. Bling Auto wash..kat puchong. x tau lagi sambutan macam mana. Habis separuh overdraft aku kat sini.Doakan2 la berjaya kay!

So, itulah dia yg aku boleh kongsi. Ada jugak aku dapat claim kalau g travel or g training, tapi bukan setiap bulan pon. Kerja aku plak xde overtime, sebb jadi exec, kalo non-exec ada la. Pastu bonus tahunan & performance bonus, x tetap sebb ikut suka hati company la nak kasi ke x.hehehe...

Aku sekarang ni masih lagi mencari sumber2 passive income, x cukup kat atas tu. Bagi aku yg ada sekarang x mampu lagi jamin masa depan. Kenapa aku cakap gitu? Nanti bila kawen, ada anak & isteri nak support. Pastu pelajaran anak2 lagi. Nak pergi holiday lagi. Pastu kita tua, confirm sakit2, insurans tu boleh la ringan2 sket beban. Pastu jgn lupa duit untuk support parent kita. Jangan jadi anak derhaka.Masuk neraka beb...

Sebagai kesimpulan, aku setuju yg lelaki muda sekarang boros, tapi aku nasihatkan korang mesti tau income korang and cara nak manage duit. Kalau ikutkan korang kena simpan 10% daripada gaji korang dalam bank. Then cari passive income, CURI & RAGUT tu passive gak, tp HARAM! Menyusahkan org lain, pastu selalu dapat musibah coz org yg ko seksa confirm minta hidup korang merana!. OK, tu jek aku nak kongsi. Sekian.

Note: korang buat la sikit research pasal Overdraft ASB. Mmg best!

Friday, April 30, 2010

Movie Review: Iron Man 2

Ptg tadi aku g tgk Iron Man 2. Lokasi..MBO Melaka Mall. Kat tiket tulis start pukul 4, tapi 4.30 baru diorg bagi masuk, hangin jek.

Ok, IM2 ni berkisar pasal Tony Stark, tuan punya Stark Industries dan juga pereka dan hero citer ni Iron Man. So kali ni Government Amerika bawak si Tony ni masuk court coz nak dapat hak ke atas suit Iron Man. Tp si Tony x mau kasi coz dia kata dia bukan hamba kepada government Amerika. Mmg aku setuju sgt2 ngan dia. kalau la technology tu ada sekarang n Amerika yg pegang, mmg aku rasa selamba jek palestin an iran diorg hancurkan.

Anyway, berbalik pada movie ni, Tony kali ni berdepan depan masalah ngan Justin Hammer, seorang kontraktor senjata yg provide semua senjata ke US army which aku ada confuse sket coz dalam movie yg 1st, aku rasa Stark Industries yg provide all the weapons to US Army. And sorang lagi musuh Ivan Vanko, org russia yg nak balas dendam ke atas famili Stark. Dulu ayah dia kena halau dek Howard Stark (ayah Tony) sbb cuba jual technology yg diorg sama2 develop ke pihak musuh.

Ivan Vanko ni pun seorg physicist macam Tony jugak tp xde la sehebat Tony, 2 kali dia lawan Iron Man tapi senang sangat nak tewaskan. Ivan Vanko diupah oleh Justin Hammer untuk buat satu suit tapi si Ivan ni buat drone (robot tanpa manusia). Tapi semua drone2 tu abis dikalahkan dek Iron Man yg berganding bahu ngan kawan baik dia dalam Army tu, aku x igt nama dia tp lakonan Don Cheadle. Korang kena tgk senjata Iron Man yg baru, masa dia kalahkan semua drone2 jahat tuh. bagi aku superb tp boleh guna sekali jek.

Overall, citer ni aku bagi rating 7/10. aksi x byk sangat n sekejap. Aku 'wow' dgn suit baru Iron Man. Ada part si Tony disassemble suit tu ngan assemble part tu.kagum aku. Pastu satu lagi 'wow' aku dgn si Scarlett Johansson. Dia bawa watak spy girl, bekerja ngan team Avengers, bawah director Fury (aku kena buat research sket coz tetiba jek director fury ni muncul n mcm baik jek ngan Tony). So tu je la kot, x pandai sgt nak buat sinopsis, aku cadangkan korang pergi la layan sendiri kat cinema.hehehe...

Tuesday, April 20, 2010

DUIT atau CABARAN

Sila layan komik Dilbert ini dulu...korang kena klik pada komik tu baca keseluruhannya.


Ok, paham x?
Budak suruhan mengadu kepada tuan besar untuk meminta kenaikan gaji. Bos nya berkata " Di sini bukan kerja untuk duit, tapi bekerja untuk cabaran". So budak suruhan ni berkata," Jika tuan kata begitu, apa kata tuan beri semua duit yg tuan dapat kepada saya, dan segala cabaran saya, saya serahkan kepada tuan." Jadi, tuan besar sudah pening kepala. Dia punya budak suruhan sudah besar kepala, pandai loyar buruk. Apa pendapat korang plak?

Cuba korang apply lakonan di atas kepada bos anda dan lihat reaksi dia. Org yg bekerja bawah org lain mmg selalu jadi mangsa. Itu pendapat aku la, pendapat korang kalau lain, pedulik apa aku.

Lagi satu contoh, korang dah kerja dgn satu company multinasional ni dalam 10 tahun. Pastu korang pergi interview untuk satu offer yg lagi besar gajinya, maybe 5-10 kali ganda dari gaji korang. Si interviewer tu confirm akan tanya, " Why do you want to leave your current company?".So apa jawapan korang? Jawapan skema & standard yg biasa org cakap ialah, " I need a new challenge and working environment."..ok x jawapan tu? tapi dalam hati..kalo aku dapat kerja ni jadi orang kaya la aku.hehehe...

Walau ape pun jawapan yg korang beri, PLEASE DON'T SAID ANYTHING BAD ABOUT YOUR OLD COMPANY!, Jangan ceritakan segala yg buruk pasal company lama korang. It will leave a very bad impression to the interviewer. Just my 2 cents :)

Saturday, April 17, 2010

Achik Spin meninggal dunia - Al-Fatihah

Aku baca dekat Utusan Online tadi. Baru tgh hari tadi aku tgk dia host satu rancangan with ct nordiana, x ingat Live or idak rancangan tu. Al-Fatihah kpd roh allahyarham.

MPV terbabas, terbakar: Achik Spin maut nahas ngeri

17/04/2010 8:51pm

SEREMBAN 17 April – Artis terkenal yang juga vokalis kumpulan Spin, Abdillah Murad Md. Shari atau lebih dikenali sebagai Achik Spin, 28, meninggal dunia dalam satu kemalangan ngeri di KM 14 Lebuh Raya Kajang Seremban Sdn. Bhd. (Lekas) dekat sini petang ini.
Allahyarham, yang berada di dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) yang terbabas dan terbakar, meninggal dunia di tempat kejadian.
Pada masa ini, polis dan anggota bomba masih lagi berada di lokasi nahas dan difahamkan mayat Allahyarham akan dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar di sini malam ini.
Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Supritendan Polis (ASP) Abd. Halil Abd. Hamzah mengesahkan kejadian tersebut. – Utusan

Iron Man 2 with new Audi R8 V10 Spyder



Aku borro vid ni from paultan.org Kena tgk movie ni. Yang 1st dulu aku bagi rating 9/10. Kagum tgk suit iron man tuh. Kalau tgk trailer untuk iron man II kita bakal tgk 2 suit iron man. Lagi byk explosion aku rasa untuk the 2nd ni. Tunggu la bulan May nanti k. jaa

Friday, April 16, 2010

Easy payment CIMB

Hari tu aku ada post pasal aku menang LCD TV 40" Samsung from Lelong Superbid kan. So total yg aku kena bayar RM2475. Pagi ni aku contact CIMB & HSBC nak tanya pasal easy payment.

Mula2 aku contact HSBC coz biasa aku buat online CC transaction guna HSBC. Tapi xde choice untuk bercakap dgn customer services. Panas betul... Ada ke bila pilih option 2 and 3 dia suh masukkan 6 digit. Option 1 nal lapor kehilangan kad. Option 4 untuk loan x silap aku.

So aku contact CIMB. Mmg bagus service mamat ni. So untuk easy payment CIMB offer 2% untuk 10 bulan, 4% untuk 20 bulan, dan 5% untuk 30 bulan. Aku ingat ambil yg 30 bulan jek la, baru RM82.00++ untuk bulan2. Warranty TV ni pun dapat 2 tahun.

Online transaction have been made, now waiting for item aje lah. Nampaknya World Cup tahun ni layan guna LCD TV 40" la.hehehe

Thursday, April 15, 2010

Ohh Arsenal...


TOTTENHAM 2 ARSENAL 1


DERBY Game. Aku sengkang mata tgk match malam tadi.Arsenal have no leader, no direction. Boleh nampak players tertekan dgn Man-to-Man & Pressure yg Tottenham kasik. Defender plak refleks dah slow, please wake up Arsene Wenger, you must buy a new and experienced player to compete next season. Next season will be a tough one. Aku boleh nampak Arsenal will lose to MU, Chelsea,Man City dan Tottenham lagi kalo diorg x beli experienced player yg bawah 30-an. Please contruct a powerful back four masa zaman tony adams, winterburn, dixon, & bould.

Masa van Persie masuk in the 2nd half baru la nampak perubahan, tp dah terlambat after ketinggalan 2-0. Anyway congrats Tottenham, see you next season.

Aku menang Lelong Superbid Samsung 40"



Aku bukannya betul2 nak TV ni tp entah macam mana xde plak org nak lawan aku time tu. 2 bulan lepas mmg aku dah pernah usha kat kedai2 harga LCD Tv ni..konon2 nak beli time tu sebb nak men PS3 (PS3 pun x beli lagik). Kebanyakan harga yg Full HD 40" dalam RM2750 la aku boleh cakap, itu pun lepas negotiate. Tensen jek saleman tu ngan aku xoz x jadi beli.sori salesman...

So since aku dah menang bid ni..kena la tunggu email / call dari lelong untuk bagi no akaun, Dah menang x leh nak forfeit, nanti nama kena blacklist. Mana la aku nak carik RM2475. Nampak gaya kena call credit card company wat easy payment.huhuhu...So kalau ada sesapa nak beli TV ni dari aku, amatlah dialu-alukan..harga RM2450 firm!

Owh...nak cerita sket pasal Lelong Superbid ni. Mmg ada setiap hari rabu dari pukul 10AM sampai la 10PM. Byk jugak barang2 yg branded masa Superbid ni. Sebelum aku pernah menang Pensonic punya multipurpose blender. TV ni 2nd time la aku menang Superbid. Kalau next time ada PS3 aku nak try. Harap2 dapat bawah RM1000.

Semua statistic akan di bentangkan 2 hari lepas Superbid, so nama aku ada dalam top 5 value buy..

Wednesday, April 14, 2010

"2 sen aku" = "My 2 cents"

"My two cents" and its longer version "put my two cents in" is an American idiomatic expression, taken from the original British idiom expression: to put in "my two pennies worth" or "my tuppence worth." It used to preface the tentative stating of one’s opinion. By deprecating the opinion to follow — suggesting its value is only two cents, a very small amount — the user of the phrase hopes to lessen the impact of a possibly contentious statement, showing politeness and humility. However, it is also sometimes used with irony when expressing a strongly felt opinion. The phrase is also used out of habit to preface uncontentious opinions.
- taken from Wikipedia.

Blog sumber rezeki

Aku x pernah tulis diary...Masa secondary school dulu ada classmate yg duduk depan aku selalu tulis diary siap kena kutuk ngan aku. Aku cakap "Biasa yg tulis diari ni pompuan, ko tu lelaki bro". Tp aku rasa sekarang ni dia dah berubah dah, xde tulis2 diari ni.

And now, fenomena yg sedang melanda anak2 muda, "Blogging" dah ubah mindset aku. Mana x nya, kalau buat betul2 boleh buat duit. Mindset change aku ni start dari tahun lepas lagi tapi mostly blog yg making money is written in English. Aku ni xde la terer sangat nak cakap english walaupon belajar tinggi2 masuk U, pastu sekarang jadi engineer. Hari2 cakap melayu. Kalau meeting ngan mat salleh or top management jek aku speaking.

But all changed yesterday when I opened Harian Metro online and terbaca pasal Red Mummy(RM) http://redmummy.com. Mmg peminat setia warna merah RM ni. All the pics and website habis warna merah. RESPECT! X semua org berani melaram pakai warna merah terang. Blog RM ditulis dalam Malay + English. So aku pun nak ikut cara dia. Dapat duit or not..itu belakang cerita.

So mulai hari ni aku akan menulis kalau ada kelapangan. Life as an engineer ni susah ada masa lapang. Company boleh call anytime x kira masa. One day aku berazam ada business sendiri and x perlu lagi kerja bawah org. So, masa untuk aku lunch.Perut kosong coz x sarap pagi tadi. jaa