Wow malam ni terasa nak tgk blog ni wujud lagi ke tak..wujud lagi rupanya. Dah lama tak menulis, akhir sekali tahun 2012...huhu.
Banyak dah berubah, cuma tempat kerja sahaja masih sama. Aku dah berkahwin, dengan orang N9, tahun 2012. tahun lepas dikurniakan seorang puteri. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah.
Cuma dilemma yg dihadapi ialah kami tinggal berjauhan buat masa ni. Wife kerja di Klang dan ulang-alik ke Seremban oon daily basis, sebab puteri kami dijaga oleh mak mentua aku. Cuma aku je yg akan balik setiap minggu ke N9. Tak tahu lah sampai bila akan berterusan.
Apa2 pun kami dah beli sebuah rumah di Bandar Sri Sendayan (BSS). Jenis Balista. Siap tahun 2016. So tgk la macam mana nanti. Agak susah nak berpindah dari company sekarang sebab business requirement yg berbeza. Kalau dapat rezeki ke KL alhamdulillah. Worst case, resign which is the last option.
Bercakap pasal resign, ada beberapa rakan seuniversiti dulu dah bertukar syarikat. Ada yg full time takaful, ada yg berpindah ke company logo kerang dll. Aku? tunggguuuuu..perjanjian ada lagi setahun tinggal. Tahun depan cukup 10 tahun.
OK, cukup buat malam ni..harap2 ini bukan satu-satunya post tahun 2014.