Korang pernah tahu or pernah dgr pasal kunyit hitam? Rupa pokok kunyit hitam tu pernah tgk? Aku baru tgk last Saturday masa aku melawat rumah famili angkat sepupu aku.
Tgh borak2 kat tangga rumah ngan rosli ngan pakcik A (nama aku x igt), pakcik A bgtau yg kat halaman rumah tu bukan pokok bunga, tapi pokok kunyit hitam. Aku tanya la apa kegunaannya..Pakcik A ngan Rosli cakap kunyit hitam tu antara khasiat lain boleh elak org nak hantar ilmu hitam or sihat kat tuan rumah. Biasan nya org2 asing ni kan bila datang Malaysia kena ada ilmu, kalo x mmg xleh nak hidup la kat Mesia ni. Camtu la diaorg bilang. Diorg cakap jugak, nak lagi best, letak jugak pokok limau kat depan rumah. Confirm lagi takut diorg yg ada ilmu x baik ni nak datang dekat. Itu antara pantang larang.
Pakcik A ngan Rosli jugak cakap, kalau kita tanam bende ni sorok2 atau selai daun kita campak dalam hutan, org yg ada ilmu2 ni mmg akan tahu kunyit hitam ni ada berdekatan. Cuma kalau nak amik daun or kunyit hitam ni, xleh amik time senja..bila nak dekat maghrib tu..dikatakan "power" dia akan hilang. Pakcik tu jugak cakap, setiap malam Jumaat, pokok kunyit ni ada bau2 kemenyan. Meremang jap bulu roma aku..Wallahualam...
Well, byk bende2 baru yg aku belajar bila follow sepupu aku sorang ni. Bila pikir balik, tumbuh-tumbuhan herba ni byk kegunaan nya. Masa dulu mana ada klinik, hospital macam skarang. Nenek moyang kita semua berubat guna herba2 ni. Aku ingat aku nak cari anak2 pokok2 herba and tanam kat kampung. Tanam biasa2 jek, bila nampak tanah kat kampung tu sesuai untuk pokok ni, baru la buat besar-besaran.
Note: Aku jumpa nursery yg jual anak pokok kunyit hitam kat internat tapi mahal, RM55 satu polibeg..huhuhu
No comments:
Post a Comment