Tuesday, May 31, 2011

Who is Gertrude Sinclair?

Today I received free sms from MAXIS saying " Stay tuned to tgv.com.my. Gertrude Sinclair & her 3 villains are spreading the BCE Virus at TGV Cinemas! Mass infection begins 9/6!

Well, I tried Googled the name but I could not find any movie related to the name or BCE virus. Anyway, let's wait & see.

Quote of the day

We are here to learn lessons, and the world is our teacher

Sunday, May 29, 2011

KARAK - Review Filem Karak PART 2

ok..kita sambung PART 2...

From last post, aku mention yg kereta diorang terbabas masuk gaung kan..so apa yg jadi lepas tu Zura terpelanting agak jauh dengan kereta..aku ulang..terpelanting agak jauh daripada kereta dan masih hidup..aku ulang..MASIH HIDUP. padahal dia duduk kat seat belakang..x pakai seat belt plak tuh..tapi skrip dah tulis dia terselamat tanpa luka parah atau tulang patah..so kita follow je lah..

Masa Zura tersedar ni, kawan2 yg lain sedang sibuk panggil nama dia. tapi disebabkan ketakutan yg amat sangat (ye lah sorang2 dalam hutan rimba, sapa tak hilang akal ye tak??) dia x dgr panggilan rakan2 dia tuh. Masa ni lah Zura kena kacau ngan hantu CGI lagi sekalik. kali ni hantu nenek yg boleh terbang..Takut nyer pasal, dia pun berlari la lintang pukang, yg pelik tuh boleh nampak pulak laluan malam2 gitu..lari punya lari sampai la dia terlanggar tunggul kayu n terjatuh ..mmg real punya jatuh, x kasi can punya..kat sini la hantu nenek CGI tu sekali lagi dtg & mengacah2 si Zura ni. Seram x? tp hantu tu x kacau lama, pastu hilang..Zura ni terus cari kawan2 dia & berjumpa gak la mereka. Mmg hebat, x guna lampu suluh pun dapat jumpa..

Masa ni diorang kena naik atas untuk kembali ke jalan raya tapi tetiba si Ida nampak ada rumah (nampak cahaya lampu rumah tu). Kat sini la diorang jumpa dgn Tok Malam, yg tinggal sorang2 kat tgh hutan tu. Yg aku geram bila tgk perangai bebudak ni, x hormat kat org tua langsung. Dah la org tua tu bagi kebenaran untuk bermalam, tapi sekor2 kurang hajar. xde adab sopan langsung. Tapi xper lah..sebab aku tau kenapa diorang semua x tegur Tok Malam..Masa last nanti aku bgtau. Tok Malam perasann yg ada something follow Zura, tapi dia x bgtau Zura directly.

Dalam rumah tu, Zura ngan Ida stay dalam satu bilik, si Nik & Jack plak stay kat ruang tamu. Dalam bilik, Ida explore bilik tu dan terjumpa laci di mana si dalam laci tu ada seutas kalung peninggalan isteri Tok Malam. Dia ni plak gatal2 main sarung je kalung tu. X ke kurang hajar namanya tuh..barang bukan milik sendiri tapi buat macam harta sendiri plak. Si Ida plak masa ni nak sangat ke toilet coz nak mandi & bersihkan luka2..well, korang tau je la kan kalau rumah org asli tgh hutan..toilet dekat luar maaa..Ida masa ni berkemban and sorang2 pergi ke tempat mandi (perigi) ...dah la agak jauh dari rumah, berani plak tu pergi mandi sorang2. At least ajak la si Zura temankan ..ye x? berani sungguh. Well macam biasa la tubuh dia digunakan utk menaikkan nama & filem (itu opinion aku). Masa ni..korang jaga la hubby ngan bf korang yerk.hehehe. Tengah mandi sambil nyanyi "katak panggil hujan", dia plak kena kacau dengan nenek CGI. ape lagi lari balik ke rumah la. nasib baik x terburai kemban dia.haha..

Cutttttt!!!!

Scene kat rumah Tok Malam, Zura kena kacau plak ngan nenek CGI, dia menjerit2 tapi Jack & Nik x dgr jeritan dia. Hanya bila Ida masuk bilik tu baru lah Zura selamat. Diorang lari keluar untuk dapatkam Jack & Nik kat ruang tamu, tapi masa ni plak hantu CGI tu tg kacau diorang..hantu CGI ni ngan terernya angkat Jack & Nik ke udara, sambil merry go around. Masa ni Tok Malam tetiba datang dan halau hantu tuh. Hantu tu tunjuk wajah bekas isteri Tok Malam. Kat sini la baru kita tahu yg hantu tu actually bekas saka isteri Tok Malam. Tok Malam xnak terima saka tu. Itu yg sebabkan hantu tu mengacau orang2 lain & bunuh diorang. Lepas hantu tu pergi, Jack & Nik mmg sedang sakit coz kena humban ngan hantu tu. So diorang semua berehat dalam bilik. Ida kena berjaga dulu sementara Zura tidur. budak laki 2 org tu memang dah nyenyak la sebb tahan sakit.

Cuuuuttt!!!

Kita sambung PART 3 nanti.. :) Layam dulu rupa hantu nenek CGI kat bawah

KARAK - Review filem Karak PART 1


Selepas Merong Mahawangsa, Karak merupakan filem kedua yang aku layan dekat panggung utk tahun ni. Tahniah KRU Productions sebab berjaya tarik diri aku menonton filem korang. Kenapa aku tgk filem Karak ni? Pada pandangan aku, sebab trailer dia yg buat aku teruja bukan sebab nak tgk Kilafairy (can't deny she is soooo hot bila berkemban dalam file ni, plus bibir cam angelina jolie..hehehe). Yg ada boifren ngan husband tu jaga2 sikit mata diorang tu. Aku jamin ada awe2 and para isteri yg jeles.

Sebelum aku pergi lebih jauh pasal review, aku ingatkan kat korang, jangan baca sampai abis kalau korang nak pergi tgk filem ni kat panggung. Aku nak cite dari awal sampai habis nih..
OK...aku start dengan pelakonfilem ni..Shahir AF (sbg. Nik),Sheera Ayob (sbg. Zura), Along Eyzend (sbg. Jack), Kilafairy (sbg. Ida), & Sidek Hussin (Sbg Tok Malam) merupakan teraju utama filem ni.

1st scene pasal urban legend satu famili (suami, isteri & baby) yg gunakan jalan lama Karak. tetiba kereta diorang meragam, Tengah2 hutan pastu waktu malam xde lampu jalan plak tuh.bayangkan apa yg korang akan buat. Kalau aku la kan..duduk aja dalam kereta sampai waktu siang, atau keluar bila ada nampak kereta lalu. Tapi yang si suami ni pergi keluar konon nak carik pertolongan. So tinggal la si isteri ngan baby dalam kereta berdua sambil pasang cd bacaan yasin. Si suami dah jauh kat depan, kena sergah ngan hantu , mati la kena baham. hantu ni KRU guna CGI so ganas gak la wajah dia. Sementara tu si isteri plak dalam kereta tunggu suami x balik2 sampai la ada satu kereta polis lalu n berenti sambil suruh pompuan ni keluar. apa yg jadi bila isteri toleh atas bumbung kereta si hantu ni tgh layan mayat suami dia (makan malam).hehe..

Cuttt!!!!

Terus ke scene dalam kreta 4 org student (Jack,Nick,Zura & Ida). Nik la yg bercerita pasal hantu tadi dalam kereta tu. Diorg masa ni tgh stuck kat Karak highway..jam panjang gilaa x gerak2. Kononnya ada satu accident besar, bas ngan lori balak bertembung. Yg kelakarnya kat tgh highway tu ada mamat kurang siuman minta sedekah..respek aku kat org gila tu, boleh jalan sampai highway tu minta duit.

So sebb malas nak tunggu lama, diorang nampak signboard ke Karak..lalu jalan lama. Yg heran bin ajaib,diorang jek yg lalu jalan tu.kereta lain xnak plak ikut dah tau highway tu jem giler2. Rasanya in reality jalan lama karak tu pun boleh jem kot kalau kes2 camni..Anyway since skrip dah cakap camtu kita follow je lah..

Kilafairy (awek bibir hot) time dalam kereta ni asik apply lipstick je kerja dia..nasib baik la sexy..so layan kan aje lah. Diorang sampai pekan lama Karak n Jack nak berenti terkencing. Diorang berenti kat depan stall burger. Respek kat mamat burger tu coz berani jual burger mlam2.kedai lain dah tutup dah ni..jual sorang2 plak tuh. Kilafairy masa ni mmg ayat sexy gila la ..bila dia cakap lapar and nak burger.hehe..lupa plak nak bgtau Nik & Zura pasangan couple. Ida (Kila) ngan Jack pulak xde hubungan apa2..

OK..bagi aku dalam cite ni, scene ni je lah yg buat aku seram sejuk. Jack g toilet sorang2 kena tegur ngan sorang budak pakai baju sekolah. Budak tu tanya nampak x mak dia. Apa perasaan korang kalau nampak budak pakai baju sekolah malam2, pastu x pandang depan (nampak belakang je) n tegur korang camtu..walaupun korang mmg nak terkucil sangat2..Kompom korang seram sejuk ..ye x? Tapi since si Jack ni berlagak x takut hantu, dia terus la ke tandas. Bila sampai tandas, budak tu muncul lagi n tanya soalan sama. Jack buat donno and terus masuk toilet. Toilet nya keadaan tu masya Allah..teruk gila..baik pancut kat luar jek. Kotor gilosss. Jack masa ni kena kacau gak tapi dalam ilusi dia aja. Keluar dari toilet, Jack kena tgur plak ngan pompuan berhias. Dia minta tolong hantar balik rumah. Masa ni la Jack kena kacau bila pompuan tu cabut kepala dari badan.

OK..bila sampai ke kereta, Jack senyap jek. x cakap ape2 dah..kesan kena kacau ngan hantu tadi.Tapi dia x citer plak kat org lain. diorang teruskan perjalanan sampai la ada satu kereta volkswagen kuning datang cucuk2 dari belakang.Jack bagi kereta tu potong tapi x perasan yg volkswagen tu xde driver. Beberapa saat lepas tu, kereta kuning tu cucuk2 lagi dari belakang. Kali ni semua nampak kereta kuning tu xde driver & Jack nampak pompuan berhias yg tegur dia tadi ada kat seat belakang. Masa ni la Ida pandang ke depan n tarik stereng kereta untuk elak budak sekolah yg berdiri kat tgh2 jalan. Kereta diorang terbabas n jatuh gaung. Scene jatuh gaung ni memang ganas lah ( x macam scene Khurafat, bila van jatuh)..scene Yusri lagi ganas.

Cuttttt!!!

Ok..nanti kita sambung Part 2.hehe