Selepas Merong Mahawangsa, Karak merupakan filem kedua yang aku layan dekat panggung utk tahun ni. Tahniah KRU Productions sebab berjaya tarik diri aku menonton filem korang. Kenapa aku tgk filem Karak ni? Pada pandangan aku, sebab trailer dia yg buat aku teruja bukan sebab nak tgk Kilafairy (can't deny she is soooo hot bila berkemban dalam file ni, plus bibir cam angelina jolie..hehehe). Yg ada boifren ngan husband tu jaga2 sikit mata diorang tu. Aku jamin ada awe2 and para isteri yg jeles.
Sebelum aku pergi lebih jauh pasal review, aku ingatkan kat korang, jangan baca sampai abis kalau korang nak pergi tgk filem ni kat panggung. Aku nak cite dari awal sampai habis nih..
OK...aku start dengan pelakonfilem ni..Shahir AF (sbg. Nik),Sheera Ayob (sbg. Zura), Along Eyzend (sbg. Jack), Kilafairy (sbg. Ida), & Sidek Hussin (Sbg Tok Malam) merupakan teraju utama filem ni.
1st scene pasal urban legend satu famili (suami, isteri & baby) yg gunakan jalan lama Karak. tetiba kereta diorang meragam, Tengah2 hutan pastu waktu malam xde lampu jalan plak tuh.bayangkan apa yg korang akan buat. Kalau aku la kan..duduk aja dalam kereta sampai waktu siang, atau keluar bila ada nampak kereta lalu. Tapi yang si suami ni pergi keluar konon nak carik pertolongan. So tinggal la si isteri ngan baby dalam kereta berdua sambil pasang cd bacaan yasin. Si suami dah jauh kat depan, kena sergah ngan hantu , mati la kena baham. hantu ni KRU guna CGI so ganas gak la wajah dia. Sementara tu si isteri plak dalam kereta tunggu suami x balik2 sampai la ada satu kereta polis lalu n berenti sambil suruh pompuan ni keluar. apa yg jadi bila isteri toleh atas bumbung kereta si hantu ni tgh layan mayat suami dia (makan malam).hehe..
Cuttt!!!!
Terus ke scene dalam kreta 4 org student (Jack,Nick,Zura & Ida). Nik la yg bercerita pasal hantu tadi dalam kereta tu. Diorg masa ni tgh stuck kat Karak highway..jam panjang gilaa x gerak2. Kononnya ada satu accident besar, bas ngan lori balak bertembung. Yg kelakarnya kat tgh highway tu ada mamat kurang siuman minta sedekah..respek aku kat org gila tu, boleh jalan sampai highway tu minta duit.
Terus ke scene dalam kreta 4 org student (Jack,Nick,Zura & Ida). Nik la yg bercerita pasal hantu tadi dalam kereta tu. Diorg masa ni tgh stuck kat Karak highway..jam panjang gilaa x gerak2. Kononnya ada satu accident besar, bas ngan lori balak bertembung. Yg kelakarnya kat tgh highway tu ada mamat kurang siuman minta sedekah..respek aku kat org gila tu, boleh jalan sampai highway tu minta duit.
So sebb malas nak tunggu lama, diorang nampak signboard ke Karak..lalu jalan lama. Yg heran bin ajaib,diorang jek yg lalu jalan tu.kereta lain xnak plak ikut dah tau highway tu jem giler2. Rasanya in reality jalan lama karak tu pun boleh jem kot kalau kes2 camni..Anyway since skrip dah cakap camtu kita follow je lah..
Kilafairy (awek bibir hot) time dalam kereta ni asik apply lipstick je kerja dia..nasib baik la sexy..so layan kan aje lah. Diorang sampai pekan lama Karak n Jack nak berenti terkencing. Diorang berenti kat depan stall burger. Respek kat mamat burger tu coz berani jual burger mlam2.kedai lain dah tutup dah ni..jual sorang2 plak tuh. Kilafairy masa ni mmg ayat sexy gila la ..bila dia cakap lapar and nak burger.hehe..lupa plak nak bgtau Nik & Zura pasangan couple. Ida (Kila) ngan Jack pulak xde hubungan apa2..
OK..bagi aku dalam cite ni, scene ni je lah yg buat aku seram sejuk. Jack g toilet sorang2 kena tegur ngan sorang budak pakai baju sekolah. Budak tu tanya nampak x mak dia. Apa perasaan korang kalau nampak budak pakai baju sekolah malam2, pastu x pandang depan (nampak belakang je) n tegur korang camtu..walaupun korang mmg nak terkucil sangat2..Kompom korang seram sejuk ..ye x? Tapi since si Jack ni berlagak x takut hantu, dia terus la ke tandas. Bila sampai tandas, budak tu muncul lagi n tanya soalan sama. Jack buat donno and terus masuk toilet. Toilet nya keadaan tu masya Allah..teruk gila..baik pancut kat luar jek. Kotor gilosss. Jack masa ni kena kacau gak tapi dalam ilusi dia aja. Keluar dari toilet, Jack kena tgur plak ngan pompuan berhias. Dia minta tolong hantar balik rumah. Masa ni la Jack kena kacau bila pompuan tu cabut kepala dari badan.
OK..bila sampai ke kereta, Jack senyap jek. x cakap ape2 dah..kesan kena kacau ngan hantu tadi.Tapi dia x citer plak kat org lain. diorang teruskan perjalanan sampai la ada satu kereta volkswagen kuning datang cucuk2 dari belakang.Jack bagi kereta tu potong tapi x perasan yg volkswagen tu xde driver. Beberapa saat lepas tu, kereta kuning tu cucuk2 lagi dari belakang. Kali ni semua nampak kereta kuning tu xde driver & Jack nampak pompuan berhias yg tegur dia tadi ada kat seat belakang. Masa ni la Ida pandang ke depan n tarik stereng kereta untuk elak budak sekolah yg berdiri kat tgh2 jalan. Kereta diorang terbabas n jatuh gaung. Scene jatuh gaung ni memang ganas lah ( x macam scene Khurafat, bila van jatuh)..scene Yusri lagi ganas.
Cuttttt!!!
Cuttttt!!!
Ok..nanti kita sambung Part 2.hehe
No comments:
Post a Comment