Tuesday, December 6, 2011

Nemo Oh Nemo ::Update::

Sabtu & Ahad lepas berualang - alik aku ke hospital vet gasing. Condition Nemo masih sama. Kena dipaksa makan. Doktor cakap result blood test semua normal. Kesian tengok dia kat sana. Berteman ngan kucing2 lain & duduk dalam cage. dia x pernah duduk lama2 dalam sangkar. Sentiasa bebas dalam rumah.

Hari isnin doktor update Nemo masih x berubah..

Hari ni,Selasa doktor call & cakap hidung Nemo berair. doktor buat x-ray scan & nampak sesuatu tersangkut dalam perut Nemo. Doktor kata Nemo kena masuk surgery untuk keluarkan benda tu..apala yg dia makan kat rumah ni. Doktor cakap perut Nemo pun dalam bahaya sebb dah lama x makan, jadi kulit perut yang mati kena potong. Harap2 Nemo akan selamat dan sihat dengan cepat..haihh ni yg risau esok nih.

Esok aku update lagi keadaan dia.

No comments:

Post a Comment