Hari ni hari terakhir 2010. Tahun yg aku rasakan paling mencabar dalam kerjaya dan hidup aku. Mungkin Allah nak menguji aku yg selama ni merasakan hidup ni mudah dan xde cabaran. Banyak suka dan duka yg aku hadapi pada tahun ni dan aku harap apa yg terjadi ni akan membuat aku lebih tabah utk menghadapi tahun2 mendatang.
Antara perkara2 penting yg terjadi sepanjang tahun 2010:-
1. Company aku adakan "shutdown/revamp" untuk menaikkan lagi kapasiti pengeluaran. Aku dilantik menjadi leader untuk semua rotating equipment yg baru. Tempoh masa shutdown ni selama 3 bulan. Sepanjang 3 bulan ni lah aku bekerja sampai lewat malam dan tanpa henti selama 90 hari. Tanpa henti yg aku maksudkan kat sini ialah...aku kerja x kira weekend atau public holiday. So sepanjang Januari sampai Mac aku kerja macam nak mati.
2. Nenek yg aku sayangi (sebelah ayah) meninggal dunia pada bulan Januari. Hanya 2 hari aku tinggalkan kerja aku dan kemudian kembali bekerja. Alhamdulillah aku sempat juga melawat beliau beberapa hari sebelum pergi. Sempat dia bertanya "bila nak berkahwin" dan jawapan yg aku berikan "kalau ada jodoh akhir tahun ni atau tahun depan aku akan berkahwin". Sekarang hanya tinggal seorang sahaja lagi nenek (sebelah emak) yg juga bertanya soalan yg sama setiap kali berjumpa.
3. Bos aku nampak kesungguhan aku dan memberi aku rating 1 untuk pencapaianku. Ini bermakna 4 bulan extra bonus untuk aku. Alhamdulillah dan terima kasih kepada semua yg membantu menjayakan projek.
4. Bulan 7, sekali lagi syarikat aku adakan shutdown/turnaround Phase 2. Kali ni satu bulan aku pulun kerja hinggalah bulan puasa. Memang x dinafikan aku memang penat dan rasa bosan dengan kerja.
5. Bulan 9, aku menjadi single. Ya!! aku single pada bulan ni (2nd week hari raya).Hubungan selama 8 tahun musnah dalam masa 10 minit. Ni lah yg dikatakan xde jodoh. Walaupun sudah hampir 3 bulan, aku masih x dapat lupakan dia. 1st love la katekan.
So itulah dia sedikit sebanyak perkara penting yg berlaku dalam hidup aku sepanjang tahun 2010. Bila aku toleh semula ke belakang, aku dapat lihat sesuatu kejayaan itu pasti akan ada pahitnya. Apa yg terjadi dalam personal life ku membuktikan kenyataan ini. Buat masa ni aku malas nak fikir tentang perhubungan sebab aku x dapat lagi lupakan si dia. X tau berapa lama, tapi semoga Allah tunjukkan jalan dan tabahkan aku.
No comments:
Post a Comment