Saturday, May 29, 2010

Penangan Fasha Sandha berkemban

Wah..hot gila tajuk post aku hari ni..Saja ja aku letak tajuk camni nak tgk berapa ramai agaknya yg masuk my blog ni..

Sebb aku tulis post ni ialah perbezaan iklan masa slot Cerekarama TV3 last week and this week. Last week Fasha Sandha yg berlakon. Aku x ingat tajuk apa tapi cerita pasal satu perigi buta yg lama. Watak heroin dia Fasha Sandha. Ada adengan Fasha Sanda berkemban, pastu kena r*g*l & lain2. Sesama yg tgk citer ni last week korang x rasa iklan sepanjang citer ni banyak & lama ke? Citer 10 minit pastu iklan sampai 10 minit gak. Jauh beza ngan iklan untuk minggu ni, citer tajuk 21 Hari. Pelakon pun x best sangat.

Aku rasa camtu la pihak2 advertiser nak me"laku' kan produk diorg. Diorang ingat penonton2 kat rumah mesti x lari dari depan TV sebb nak tgk aksi2 Fasha. TV3 pulak sure untung banyak untuk malam tu, coz iklan banyak masuk. Cewah, macam berblogging plak.hehe..Apa2 pun pada TV3, tolong la jgn letak iklan lama2. Aku yg duduk depan tv last week pun dok cari channel yg best termasuk la AF Final yg Shahir menang tuh.chiow sin ci!! :P

p/s: Tahniah Shahir, lagu ko tu mmg sedap telinga aku dengar!

Monday, May 24, 2010

Movie Review: Robin Hood

Aku tgk citer ni semalam kat MBO, Melaka Mall. Tempoh tayangan dalam 2 jam setengah x salah aku.

Masa aku mula2 tgk traile, aku ingat macam cite Robin Hood biasa. Maksud aku 'biasa' tu ialah Robin Hood yg suka curi harta bende milik kerajaan England masa tu pastu bagi hadiah kat org miskin. Tapi citer kali ni macam prologue macam mana Robin Hood boleh di usir dari undang2 England and jadi seorg outlaw yg tinggal dalam hutan bersama pengikut setia nya.

Cite ni pasal Robin Longstride, seorang askar, pemanah, yg tlh ikut King Richard pergi berperang. Lama die ikut King Richard pergi berperang, dalam 10 tahun tinggalkan England. So nak jadi citer King Richard mangkat masa perang kat France. So Robin Longstride dan 3 kawan dia ni melarikan diri dari kelompok askar England tadi.

Masa melarikan diri tu diorg terserempak dgn satu team kesatria yg tgh bawa mahkota King Richard, nak bawak balik ke England, untuk bagi kat bakal Raja yg baru, King John. So Robin menyamar jadi ketua satria tu, Robert Loxley.

Start dari sini lah Robin dan rakan2 nya tolong penduduk Nottingham dan Robin kenal asal usul dia. Lupe nak bgtau Robin x tau asal usul coz dia x ingat bapa dia kena bunuh. Masa kat Nottingham, Robin kenal dgn ayah Robert Loxley, iaitu Sir Walter Loxley. Dia ni lah yg ceritakan kat Robin asal keturunan Robin.

Macam mana Robin dibenci dek King John? Masa citer ni England tgh berperang dgn France. So dalam istana ada seorg cancellor yg baru dilantik, Godfrey. King John ingat dia baik, tp Godfrey ni ada bersekongkol ngan Raja Philip dari France untuk guling istana England and Godfrey nak amik takhta. King John ni plak x mahir dalam perang, aku senang cakap mmg budus tahap gaban. kalao harapkan dia jadi ketua perang, mmg lingkup la England.

Tapi Robin Hood la yg satukan rakyat England, and perang dgn France. England menang, thanks to Robin Longstride. Oleh kerana jealous tahap gaban, King John ni terus keluarkan arahan untuk tangkap Robin Hood dan sesiapa jek yg bersekutu dgn dia. Sebab tu la dia lari dan tinggal dalam hutan.The End~

Rating aku untuk filem ni 8/10. Berbaloi tiket RM9 yg aku beli. Cuma dalam citer ni x tunjuk sangat kehebatan Robin Hood memanah, ada 3 scene jek aku rasa menarik, 2 kali masa memanah Godfrey dan masa last sekali dia panah ke pokok. Citer ni arahan Ridley Scott,awek pulak Cate Blanchet, mmg seswai bagi aku. Citer ni macam Gladiator jugak , ada scene Robin Hood bagi kata2 semangat kat semua rakyat England. Kepada yg tak tgk lagi, sila la pergi yerk..

Saturday, May 15, 2010

Movie Review: My Name Is Khan



Aku tgk citer ni malam tadi. Aku beli dvd citer ni dah lama dah, sebulan lepas kot. Tp malam tadi baru ada masa nak layan, tu pun sebb kecewa tgk Malaysia kalah ngan China (Thomas Cup).

Lakonan Shah Rukh Khan and Kajol, best Bollywood couple of all time (ye kan?). SRK pegang watak Rizvan Khan, seorg pemuda Muslim yg menghidap penyakit autism. Korang ada tgk Forrest Gump? camtu la org hidap autism. 1st aku rasa SRK pegang watak org kurang upaya. Latar belakang cerita ni semua kat USA. Aku pernah tanya org India masa aku pergi Mumbai dulu, kenapa semua latest Bollywood film buat kat oversea? Diorg kata, kalau buat dekat India, rakyat2 dia yg terlalu ramai tu akan keliling set tgk hero-heroin diorg belakon.. tu la pasal byk buat kat oversea, kurang sket gangguan.

So, lepas kematian mak dia, Rizvan follow adik dia ke US. kat sana dia kena kerja as salesman product adik dia. Nasihat aku, jgn suruh org yyg ada autism jual produk. confirm x laku, kenapa aku cakap camni? korang kena tgk dulu citer ni.hehehe

Masa dia jual produk, terjumpa la dia ngan Mandira, lakonan Kajol. Ermm..Kajol dah agak chubby dalam film ni. Mandira, seorg janda & ada anak seorg anak (Sameer), kerja kat saloon rambut.Dia bukan Islam, tp anut Hindu. So macam biasa hero confirm dapat ngorat heroin.. diorg pun kawin. Kira kawen campur la tp sorang Hindu, sorang Islam.

Masa nilah 9/11, tower WTC kena attack, so org US benci gile ngan org Islam, yg kena tempias family diorg la. satu hari anak diorg kena attack lepas main bola & mati, so Mandira yg sayang gila kat anak dia ni tuduh Rizwan la punca anak dia mati. Dia suruh Rizvan jangan balik ke rumah selagi x pergi jumpa Presiden Amerika n bagitau "I am a Khan, and I am not a terrorist". Dari sinilah kisah Rizvan mulakan langkah jumpa Presiden US, bukan senang sorang rakyat biasa nak jumpa presiden.

OK x perlu citer lagi byk, korang kena layan sendiri. Citer ni x mcm citer Hindustan lain yg byk lagu2 n joget2. Aku rekomen korang tgk citer ni sebb ada gak scene tetiba jadi sayu, sob2..tapi x nangis la yek.hehehe. Aku rasa aku bagi citer ni rating 8/10. Kalau org US tgk cite ni aku rasa diorg boleh sedar kot x semua org Islam kat dunia ni jahat. Insya allah..Tgk tau jgn x tgk..

Monday, May 10, 2010

Lelaki Muda Boros - Real case study - myself

Hari ni aku baca paper Utusan Malaysia, ada tajuk seperti di atas "Lelaki Muda Boros", so aku nak buat real case study atas diri aku. Umur 28 kira muda lagi la kan?hehehe

Mmg x dinafikan sekarang ni ada macam2 gadget and accessories yg canggih2 n membuat kan aku teringin nak beli. Tp Alhamdulillah walaupun ada few hutang yg belum langsai semuanya masih "under control". Dalam masa yg sama aku ada few passive income yg tolong support hidup aku bulan2. Aku rasa biarlah korang tau apa hutang2 aku so lepas ni kalau korang nak minta aku masuk MLM / insurans..sorry aku x dapat nak join. dari list2 di bawah korang boleh estimate kot commitment aku setiap bulan. Antara commitment wajib aku setiap bulan ialah:-

1. Kereta
2. Rumah (aku dapat rumah lelong ni)
3. Insurans (ada 3 beb, Prudential, HSBC Manulife and Ambank). Tapi xpe coz apabila dah matang, boleh jadi income kemudian hari.
4. Bil (telefon, celcom broadband)
5. Sewa rumah (termasuk astro, utilities, etc)
6. Personal Loan & Overdraft ASB
7. TV 40" yg aku menang dari Lelong.com.my hari tu (20 bulan beb commitment).
8. Hutang credit card

Itu x campur lagi duit yg aku kena spend untuk petrol, makan minum and entertainment. Korang rasa berapa byk yg tinggal untuk aku simpan setiap bulan?

OK, tadi tu hutang, so antara income aku plak:-
1. Gaji
2. Duit sewa rumah - aku guna duit ni untuk settlekan hutang rumah di atas. hehe..penyewa settlekan hutang aku. Lepas tu ada balance lebih utk aku spend (positive return beb..). Kalau aku jual plak ikut market price aku untung lagi RM20K.Best x?
3. Dividen ASB - duit ni dapat hujung tahun, so aku akan settlekan overdraft ASB kat atas.
4. KWSP - company tolong bayar
5. Mutual Fund - Ada 3 fund. aku x berapa aktif sgt, labur sekali pastu biar jek. Walaupun aku tau step ni salah.huhuhu
6. Partnership business carwash - Ini baru start semalam 9 May 2010. Bling Auto wash..kat puchong. x tau lagi sambutan macam mana. Habis separuh overdraft aku kat sini.Doakan2 la berjaya kay!

So, itulah dia yg aku boleh kongsi. Ada jugak aku dapat claim kalau g travel or g training, tapi bukan setiap bulan pon. Kerja aku plak xde overtime, sebb jadi exec, kalo non-exec ada la. Pastu bonus tahunan & performance bonus, x tetap sebb ikut suka hati company la nak kasi ke x.hehehe...

Aku sekarang ni masih lagi mencari sumber2 passive income, x cukup kat atas tu. Bagi aku yg ada sekarang x mampu lagi jamin masa depan. Kenapa aku cakap gitu? Nanti bila kawen, ada anak & isteri nak support. Pastu pelajaran anak2 lagi. Nak pergi holiday lagi. Pastu kita tua, confirm sakit2, insurans tu boleh la ringan2 sket beban. Pastu jgn lupa duit untuk support parent kita. Jangan jadi anak derhaka.Masuk neraka beb...

Sebagai kesimpulan, aku setuju yg lelaki muda sekarang boros, tapi aku nasihatkan korang mesti tau income korang and cara nak manage duit. Kalau ikutkan korang kena simpan 10% daripada gaji korang dalam bank. Then cari passive income, CURI & RAGUT tu passive gak, tp HARAM! Menyusahkan org lain, pastu selalu dapat musibah coz org yg ko seksa confirm minta hidup korang merana!. OK, tu jek aku nak kongsi. Sekian.

Note: korang buat la sikit research pasal Overdraft ASB. Mmg best!