Monday, May 24, 2010

Movie Review: Robin Hood

Aku tgk citer ni semalam kat MBO, Melaka Mall. Tempoh tayangan dalam 2 jam setengah x salah aku.

Masa aku mula2 tgk traile, aku ingat macam cite Robin Hood biasa. Maksud aku 'biasa' tu ialah Robin Hood yg suka curi harta bende milik kerajaan England masa tu pastu bagi hadiah kat org miskin. Tapi citer kali ni macam prologue macam mana Robin Hood boleh di usir dari undang2 England and jadi seorg outlaw yg tinggal dalam hutan bersama pengikut setia nya.

Cite ni pasal Robin Longstride, seorang askar, pemanah, yg tlh ikut King Richard pergi berperang. Lama die ikut King Richard pergi berperang, dalam 10 tahun tinggalkan England. So nak jadi citer King Richard mangkat masa perang kat France. So Robin Longstride dan 3 kawan dia ni melarikan diri dari kelompok askar England tadi.

Masa melarikan diri tu diorg terserempak dgn satu team kesatria yg tgh bawa mahkota King Richard, nak bawak balik ke England, untuk bagi kat bakal Raja yg baru, King John. So Robin menyamar jadi ketua satria tu, Robert Loxley.

Start dari sini lah Robin dan rakan2 nya tolong penduduk Nottingham dan Robin kenal asal usul dia. Lupe nak bgtau Robin x tau asal usul coz dia x ingat bapa dia kena bunuh. Masa kat Nottingham, Robin kenal dgn ayah Robert Loxley, iaitu Sir Walter Loxley. Dia ni lah yg ceritakan kat Robin asal keturunan Robin.

Macam mana Robin dibenci dek King John? Masa citer ni England tgh berperang dgn France. So dalam istana ada seorg cancellor yg baru dilantik, Godfrey. King John ingat dia baik, tp Godfrey ni ada bersekongkol ngan Raja Philip dari France untuk guling istana England and Godfrey nak amik takhta. King John ni plak x mahir dalam perang, aku senang cakap mmg budus tahap gaban. kalao harapkan dia jadi ketua perang, mmg lingkup la England.

Tapi Robin Hood la yg satukan rakyat England, and perang dgn France. England menang, thanks to Robin Longstride. Oleh kerana jealous tahap gaban, King John ni terus keluarkan arahan untuk tangkap Robin Hood dan sesiapa jek yg bersekutu dgn dia. Sebab tu la dia lari dan tinggal dalam hutan.The End~

Rating aku untuk filem ni 8/10. Berbaloi tiket RM9 yg aku beli. Cuma dalam citer ni x tunjuk sangat kehebatan Robin Hood memanah, ada 3 scene jek aku rasa menarik, 2 kali masa memanah Godfrey dan masa last sekali dia panah ke pokok. Citer ni arahan Ridley Scott,awek pulak Cate Blanchet, mmg seswai bagi aku. Citer ni macam Gladiator jugak , ada scene Robin Hood bagi kata2 semangat kat semua rakyat England. Kepada yg tak tgk lagi, sila la pergi yerk..

No comments:

Post a Comment