Thursday, December 8, 2011

Nemo Oh Nemo ::Update::

Nemo punya surgery berjaya semalam. Bende yg disangka span atau kain hanya lah gumpalan hairball (bulu2) yg terkumpul masa Nemo merapikan diri.

Cuma major finding ialah Nemo kena "intussusception" keadaan di mana sebahagian usus termasuk dalam sebahagian lagi bahagian usus. Susah nak explain, korang search google image untuk tgk graphic. Keadaan ni boleh juga terjadi kpd manusia. Kalau nak lagi lanjut boleh baca sini.

Jadi sekarang, tunggu luka Nemo sembuh lah. Hoping for speedy recovery.

Tuesday, December 6, 2011

Nemo Oh Nemo ::Update::

Sabtu & Ahad lepas berualang - alik aku ke hospital vet gasing. Condition Nemo masih sama. Kena dipaksa makan. Doktor cakap result blood test semua normal. Kesian tengok dia kat sana. Berteman ngan kucing2 lain & duduk dalam cage. dia x pernah duduk lama2 dalam sangkar. Sentiasa bebas dalam rumah.

Hari isnin doktor update Nemo masih x berubah..

Hari ni,Selasa doktor call & cakap hidung Nemo berair. doktor buat x-ray scan & nampak sesuatu tersangkut dalam perut Nemo. Doktor kata Nemo kena masuk surgery untuk keluarkan benda tu..apala yg dia makan kat rumah ni. Doktor cakap perut Nemo pun dalam bahaya sebb dah lama x makan, jadi kulit perut yang mati kena potong. Harap2 Nemo akan selamat dan sihat dengan cepat..haihh ni yg risau esok nih.

Esok aku update lagi keadaan dia.

Thursday, December 1, 2011

Nemo oh Nemo

Nemo bukan seekor ikan..tapi seekor kucing dari breed Maine Coon..Nemo ni tak de mix2 punya maine coon..pure breed punya..

Hari ni aku ambil cuti semata-mata nak hantar Nemo ke hospital. Masuk hari ni dah nak dekat 10 hari x makan. Kurus dah badan dia. 3 hari lepas dia tinggal kat klinik haiwan area senawang. Doktor tu kata demam so dpt la Nemo 2 injeksen. Semalam klinik tu call kata keadaan dia sama gak..cuma minum & x nak makan sangat. Malam tadi gak aku balik seremban jemput Nemo..terbang RM100.

Hari ni lepas pergi kutip check cancel polisi insuran nyawa aku drive ke PJ. Bawak Nemo ke Gasing Veterinary Hospital plak. Sempat lagi Nemo kencing dalam carrier dia..lepas ni mmg aku letak pampers dalam carrier nih..ini atas rekomendasi breeder maine coon aku. Kalau korang check kat facebook boleh jumpa hospital ni. Guna GPS pun boleh tersesat lagi.bengap btul aku ngan jalan2 KL ni.

Sampai ke lokasi hospital ni 3 tingkat..bersih pulak tu..xde kucing lain yg aku nampak, cuma owner ngan anjing jek yg ada. Lepas daftar & tunggu 10 minit, sorang doc pompuan suruh aku bawa Nemo masuk bilik pemeriksaan. Macam2 soalan dia tanye utk dpt gambaran sebenar. Dalam hati aku bagus betul doktor2 kat sini.ni first time aku dtg sini,x pernah jumpe doktor lain lagi, tapi rasanya semua doktor sama kot. Suhu badan Nemo semua ok doktor kata. Dia kata Nemo kena tinggal kat hospital tu dulu untuk pemeriksaan lanjut.Nemo akan dapat IV drip (ini rasanya masuk air dalam badan kot) ngan buat pemeriksaan darah (klinik kat senawang tu xde bende nih). Esok doktor akan tipon aku untuk hapdet keputusan blood test. Pastu dia bagi semua sebut harga untuk setiap pemeriksaan..dalam hati burst la budget aku bulan nih, tapi Nemo punye pasal apa2 pun BOLEH!.

Sebelum blah dari hospital, kena bayar deposit.nasib baik ada kredit kad, RM300 deposit dia. Apa2 pun aku harap pihak hospital ni boleh kesan penyakit xnak makan Nemo :( esok aku kerja so x dpt nak jenguk. Mungkin hari Sabtu atau Ahad aku ke sana utk lawat Nemo..

nota kaki:
1. Nemo hanya makan Royal Canin. Kat spital tu diorang bagi Science Plan. Kena la aku bawa bila dtg nanti.
2. Sediakan duit yang banyak kalau nak bela binatang :)

Thursday, September 15, 2011

Setahun...

Malam ini genap satu tahun aku single...sob..sob...
Selamat ulang tahun Malaysia!

Friday, July 22, 2011

Pasaraya Ten-Ten Sungai Udang terbakar

Tadi masa ke masjid, nampak asap hitam berkepul2 dari arah sungai udang. Aku expect ada org bakar tayar buruk tgh hari yg terlampau panas ni.

Masa balik tadi aku lalu depan tu..mula2 ingat stesen minyak Petronas sungai udang yg terbakar..tapi rupa-rupanya satu deret kedai baru depan Family Store sungai udang tu yg terbakar..aku bukan jenis yg nak menyibuk n sebabkan jalan jem..so aku x berhenti la nak amik gambar..maybe bila dah reda nanti aku snap pic utk korang keadaan selepas terbakar..

Ada sorang member aku kata, dia baru jek ada kat sana 2 minit sebelum kebakaran bermula..dia kata ada la tuan punya kedai yg meraung tgk kedai baru diorg terbakar..x tau la bley claim insurans ke x..huhu..kesian kat diorg..

Anyway..aku menulis post ni dgn menggunakan iPad 2 aku..hehehe..

Saturday, June 25, 2011

Rewarding Myself - iPad 2 & Canon Powershot S95

Yeah..bonus dari company dah dapat 23 hb lepas..pastu basic salary increment pun masa yg sama..gaji sebb aku naik Job Grade pun dapat jugak backdated dari bulan April..so kaya la aku bulan ni..alhamdulillah, rezeki..boleh la aku bayar hutang2 credit card yg asik bayar bulanan jek.

Tapi aku x lupa jugak untuk reward diri aku sendiri hasil penat lelah elama satu tahun lepas..aku beli iPad 2!!! Tapi x dapat lagik, coz beli melalui online. Bila aku call reseller Apple, semua kata 2 minggu ke 1 bulan, malas aku nak tunggu lama2. Kalau online pulak, dah confirm 2 minggu akana dapat. Kalau ikutkan aku akan dapat on 15 Julai ni. X sabar nak pegang & bawak tidur ngan iPad 2 aku nih. Harga dia RM1899.

Aku beli kaler hitam, 16 GB dan jugak ada wifi plus 3G. Senang sket nak ber-FB nanti..hehe.

Lagi satu yg aku nak beli dan lama dah mengidam ialah camera Canon Powershot S95. Member2 semua rekomen beli D-SLR tapi aku malas nak beli yg besar2 n berat2 nih. Beli yg ringan2 sudah cukup buat aku. Bagi aku kalau yg serius buat duit dgn photography baru la beli D-SLR. Org macam aku ni asalkan dapat amik gambar yg cun & ada kualiti ala-ala DSLR pun jadi lah..

Ada jek yg bawah RM500, tapi camera2 ni aku dah pernah guna. So nak la pakai yg mahal sket. Kalau beli yg lain2 dari bende yg aku ngidam nanti, menyesal plak..

Canon Powershot S95 ni aku tak pergi usha lagi. tapi rasanya harga dalam range RM1300 - 1400 sekarang nih. Tu pun kena pergi KL la carik. Kat Melaka or N9 sure RM1500 - 1600 punya..

Apa2 pun annti aku update bila dah dapat barang2 tu.chioww

Tiada Lagi

Sia² sudah
Kita jalin cinta
Bila hati selalu berbeda

Sampai kapan lagi
Aku harus menahan
Rasa kecewa di dalam dada

Seandainya kita masih bersatu
Tak mungkinkan menyatu
Walau masih ada sisa cinta
Biarkan saja berakhir sampai
Di sini

Tiada lagi yang ku harapkan
Tiada lagi yang ku impikan
Biar aku sendiri tanpa diri mu
Tiada lagi kata cintaku
Takkan lagi ku bersama mu
Biar ku simpan semua
Kenangan ku bersamamu
-------------------------------------------------

Bila dengar & hayati lagu Amy Search ni macam2 flashback masuk dalam kepala aku ni..kenangan bersama 8 tahun mmg susah nak dilupakan.Mmg betul apa yg lirik lagu tu kata..sia-sia jalin cinta tapi akhirnya hati berbeza. Respect la kpd sesapa yg mampu bertahan dari bercinta, berkahwin n sampai mati masih bersama. Betul la kata org, Jatuh Cinta Itu Mudah, tapi Mencari Cinta Sejati itu Sukar..

Still loving you...

Tuesday, June 21, 2011

Monday, June 20, 2011

Ucapan Hari Bapa

Kepada rakan2 yg dah bergelar bapa dan para bapa2 sekalian...aku ucapkan Selamat Hari Bapa pada korang.. Jadi lah bapa yg mithali dan ketua keluarga yg baik...Jgn jadi setan sudah lah.

Aku blom lagik jadi bapak..cakap pasal ni, semalam ada org dari Prudential BSN call aku nak promote insuran dia. Nama mamat tu Syafik. Ni telefon conversation kitorang.

Aku: Hello..
Syafik: Hello, ni en duasenaku(bukan nama sebenar) ke?
Aku: Yer..sapa ni?
Syafik: Saya syafik dari prudential BSN. Sy call ni sebb nak tanya kalau en duasenaku berminat nak amik insuran untuk anak encik?
Aku: Untuk anak? Anak tekak ada la..boleh x? Sy blom kawen lagi laa..
Syafik: Ye ker? kalau ikut data saya ni, cik ni dah kawen..
Aku: Sapa yg bagi contact tu? boleh bgtau nama?
Syafik: ENtah la encik. Ni pun database yg diorg bagi kat saya..maaf la..Encik xnak ke ambil insuran
Aku: dah ada dah..Prudential BSN gak.
Syafik: Ye ke.ok la cik, maaf la yerk..silap info la nih.aslkm..
Aku: Wkum salam..

Haaaa..tu dia..sapa lah member aku yg ingat aku dah berkawen n beranak nih..kalau aku tau memang la aku perli kaw-kaw punyer..

Mlm tadi dapat SMS dari Najib Razak..selambe jek aku panggil camtu ek..

Dah tu..sms dia pun dia tulis camtu..ni dia sms yg aku dapat

Daripada: 62002
Pesanan: Marilah kita menyambut Hari Bapa bersama ayahanda tersayang. Ikhlas dari Najib Razak & Keluarga. najib@1malaysia.com.my


Torkojut den dapat sms dari Najib..mano lah dio daek nombor henpon aku nih..Rayo tahun lopas dio bagi email ucap selamat hari rayo..tahun ni bg sms plak..

Memang xde privasi dah la lopeh ni..semuo information den diorang dah tau.punah2..

duasenaku: terasa nak merantau ke negera lain. kos sara hidup semakin naik!!!

Thursday, June 16, 2011

Malaysian Website De-Faced by Kambing Merah and HACKED by DarkJawa

WEBSITE KERAJAAN MALAYSIA KENA HACKED

Setakat ni ada 2-3 website yg aku tau dah kena hacked oleh satu team yg bergelar Dragon Force...antaranya

http://jbiotech.gov.my/admin/
http://tourmalaysia.com.my

Pasal malaysia.gov.my pulak x tau..tapi bila cuba open tadi x loading pulak..slow semacam jek..dah kena jugak la kot.

Memang hebat2 diorang ni semua..Pasni ada la plak kerajaan umumkan pembaikan website 1.8 juta lagik..adussss apela punya bodoh manusia bila bertuhan kan duit nih

Ni ada snapshot sket...



Lagu background diorang layan siotttt!!!

Wednesday, June 15, 2011

Terima Kasih kepada yang melawat Dua Sen Aku!!

Terima Kasih kepada yang datang ke blog yg x seberapa cantik ni.. Kat bawah ni rekod untuk 30 hari lepas...

www.malaysia.gov.my HACKED by Anonymous

See this VIDEO


A group/person called Anonymous threatened Malaysia government that they will hacked Malaysia government website www.malaysia.gov.my because they feel that Malaysian people have no freedom with Internet. Malaysian government blocked the access to WikiLeaks and piratebay and other download websites which already proved Anonymous statement.

They said they are going to attack at 1930 GMT = 7.30PM Malaysia time, but I don't know about the status now. This morning from Radio Era the News said Malaysia government will increase their security due to this message.


Aku harap kerajaan tak terlalu fokus dekat website ni jek. Mana la tau actually diorang nak hacked website bank-bank ke. Website Malaysia ni hanya untuk alihkan perhatian jek. Fuhh macam crita Hollywood plak.

Gerhana Bulan Awal Pagi Ini 16 Jun 2011

TOTAL MOON ECLIPSE IN MALAYSIA

Assalamualaikum semua!!

Sanggup x berjaga untuk tengok gerhana bulan awal pagi ni? Aku rasa macam nak tgk jugak tapi sekarang ni bulan terlindung dek awan. Kalau aku tunggu pastu bulan x nampak jugak sia-sia jek berjaga.

Gerhana bulan ni akan start pukul 1.00 pagi sampai ke subuh (gerhana penuh). Sapa2 yg sanggup tunggu tu jgn lupa terus tunggu solat subuh, jangan plak lepas tgk gerhana penuh...pergi terus ke katil.hehehe..

OK disini ada sedikit info pasal gerhana bulan. Thanks to DenaiHati dan jugak Google.

Sunday, June 12, 2011

Mi Segera Shin Ramen @ Shin Ramyun ada bahan kimia

Best ke mi segera dari korea ni? Aku sendiri x pernah makan. Surat khabar hari ni cakap mi segera ni ada bahan kimia yg digunakan dalam pembuatan plastik. Jadi kepada yg suka layan drama Korea sambil makan mi segera Korea, hentikan lah buat sementara waktu hingga Kementerian Kesihatan sahkan makanan ni selamat..okay!!!


UPDATE 15/6/2011 : Pagi ni masa nak pergi kerja aku dengar kat berita ERA yg Kementerian Kesihatan dah kata Mi ni selamat utk dimakan. Tidak ada bahan kimia seperti dinyatakan.

Saturday, June 11, 2011

10 POPULAR DOWNLOAD WEBSITE BANNED BY MALAYSIA

Kerajaan Malaysia akan mengharamkan access ke laman web untuk download movies, mp3, e-book, dan lain2. Ini untuk menghalang cetak rompak kata diorang. Agak2 lepas ni youtube pon diorang nak ban ke? Boleh jek nak download video dekat youtube.

Ini senarai website yang kena ban:-


Top Sites Banned By Malaysia
  1. www.warez-bb.org
  2. www.thepiratedbay.org
  3. wwww.movie2k.org
  4. www.megavideo.com
  5. www.putlocker.com
  6. www.depositfiles.com
  7. www.duckload.com
  8. www.fileserve.com
  9. www.filestube.com
  10. www.megaupload.com

Monday, June 6, 2011

Rooney's new hair

Rooney had a hair transplant few days ago. There are few procedure to perform hair transplant. The latest technology is called "FOLLICULAR UNIT HAIR TRANSPLANT".


Follicular Unit Hair Transplantation is worlds ahead of the standard hair transplant procedure performed by the many of today’s surgeons.
To understand why the results of this hair transplant procedure look so natural, you must first understand how hair actually grows.

How hair grows naturally on the scalp.

follicular units
If you look closely at naturally growing hair using magnification you will see that hair actually grows in groupings of one, two, three, and four hairs.
These naturally occurring hair groupings grow in irregular patterns on the scalp similar to how grass grows on a lawn. These groupings are technically referred to as “follicular units”.

By relocating these carefully prepared bald-resistant follicular units from the back and sides of the scalp, physicians doing “follicular unit hair transplantation” recreate a natural pattern of hair in the balding areas.
To do this properly is a very time consuming process. It requires a team of skilled and meticulous medical technicians working closely with the hair transplant physician.

A Follicular Unit Hair Transplantation looks natural, even on close examination.

Because the follicular unit hair transplant procedure replicates, hair for hair, the way hair grows naturally, it produces results that look natural – even under close inspection.
The follicular unit hair transplant also looks natural after only one surgical session. Additional procedures are only needed to increase the density of the hair transplant or to address additional areas of balding if the hair loss progressed.
This is in stark contrast to mini-micrograft procedures, where one session will generally not “stand on its own” and where additional surgical sessions are required in order to refine or soften the appearance of the previous hair transplants.

Below are pictures of rooney before and after hair transplant


Saturday, June 4, 2011

How can I keep from getting E. coli infection?

You can help prevent this infection by handling and cooking meat in a safe way. For your protection, follow these rules:


  • Wash your hands carefully with soap before you start cooking.
  • Cook ground beef until you see no pink anywhere.
  • Don't taste small bites of raw ground beef while you're cooking.
  • Don't put cooked hamburgers on a plate that had raw ground beef on it before.
  • Cook all hamburgers to at least 155°F. A meat thermometer can help you test your hamburgers.
  • Defrost meats in the refrigerator or the microwave. Don't let meat sit on the counter to defrost.
  • Keep raw meat and poultry separate from other foods. Use hot water and soap to wash cutting boards and dishes if raw meat and poultry have touched them.
  • Don't drink raw milk.
  • Keep food refrigerated or frozen.
  • Keep hot food hot and cold food cold.
  • Refrigerate leftovers right away or throw them away.
  • People with diarrhea should wash their hands carefully and often, using hot water and soap, and washing for at least 30 seconds. People who work in day care centers and homes for the elderly should wash their hands often, too.
  • In restaurants, always order hamburgers that are cooked well done so that no pink shows.

Friday, June 3, 2011

Churp Churp Academy is looking to crown the #CutestThing ! Snap a pic and submit!

Churp Churp Academy is looking to crown the #CutestThing ! Snap a pic and submit!

Post Karak review ada di Page 2 Google Search..

Bila aku search "Karak review dekat page Google, post aku pasal review movie Karak ada dekat Page 2 Google search..ok gak tu..x percaya? Tgk post ni..tapi maybe x bertahan lama kot, blog pun baru nak rancak semula..hehehe..Traffic ke blog pun melonjak dari 1-2 org kepada 300 lebih..thank you kepada yg datang support.


Untuk baca review Karak.. sila ke PART 1, PART 2, PART 3

Update 5/6/2011: Sudah di Page 1..Ranking No. 3 plak tuhh :)

Wednesday, June 1, 2011

Quote of the day

THE UNIVERSE HAS NO FAVOURITES.


Your success and happiness depend on natural laws and principles - and how you use them.

Deciding if the Time Is Right to Refinance


Choosing to refinance a loan can be a major decision, especially if that loan is a major loan such as a mortgage or automotive financing. If you refinance your loan too soon, you might end up doing more harm than good and not be able to do much to correct it... but if you wait you might end up missing out on a good deal that isn't likely to return.

Before you make the decision to refinance, you should take the time to make sure that you understand exactly what refinancing entails and should look at the various signs to determine whether or not the time is actually right for you to refinance your loan.

Below you'll find some basic information on what refinancing is as well as information that might help you to make the decision as to whether or not it's the right time to take that step.

What Refinancing Is 

Though the name may suggest that refinancing a loan is simply a negotiation of the loan's terms, it is actually a separate loan that is used to pay off the remainder of the original loan at the new loan's interest rate and payment cycle.

Refinancing can be done at the bank or lender from which you received the original loan or at some other lenders; this can be beneficial if you're wishing to change banks or lenders but are worried about the outstanding loan that you currently have.

The refinance loan usually uses the same collateral as the original loan, though in some cases you can change the collateral and use the new collateral to attempt to get a lower interest rate.

Whatever collateral was used for the original loan will be free of lien should you use new collateral; the original loan has been completely paid off by the refinance loan, so any collateral or other factors that applied specifically to the original will not apply to the new loan.

There may be certain factors, such as the requirement by many lenders that you have homeowners insurance for mortgage loans, that may carry over to the refinance loan as well.

How to Tell if the Time Is Right 

If you're thinking of refinancing, you should begin by looking at current interest rates for loans and trends in refinance lending. Many finance journals, newspapers, and tabloids will have information on whether national interest rates are likely to change soon and whether they will increase or decrease, so that is a good place to start.

You should also look at your current loan and how much of it has been repaid... unless you get a really good deal, it's generally not worth the trouble to refinance a loan unless you've been making payments for a year or more since the difference in the original amount and the refinance amount won't be significant.

Consider your current monthly payment and interest rate and determine whether you'll be likely to get a better rate and lower payment from a new loan, and then shop around at various lenders so as to find the best rates available.

Signs that the Time Isn't Right 

Should you find that interest rates are at a higher level than what you're currently paying or that you haven't paid off a significant portion of the original loan, you might want to wait before refinancing.

It's possible to end up paying more in interest or monthly payments than your original loan when you refinance, so you should always take care to do a bit of research before deciding to commit to a refinance loan. 

For more finance tips, please log on to http://wakatips.com/finance

www.wakatips.com

All hot tips from cars, computers, shoppings, travels and finance in ONE site. Please join the community!!

KARAK - Review Filem Karak PART 3

OK..kita spoil kan cerita Karak nie sampai habis malam ni..Ready?

Last scene Ida ngan Zura standby gilir-gilir (konon nya) sambil jejaka 2 org tu terlelap kan? Sebelum tertidur, Zura cuba nak tanggal kalung yg dia pakai masa mula2 sampai rumah tu. Malangnya kalung tu mcm bernyawa plak. x dpt nak ditanggalkan. Zura ni plak dia jek, padahal member ada sebelah ni kalau nak bgtau masalah yg dia hadapi. Yang member plak (si Ida la) x plak perasan kalung yg BESAAAARRR gila kat leher si Zura tu.

Masa Zura tertidur, Ida kena ganggu ngan nenek hantu. Rambut panjang mengurai, ikal mayang nenek hantu tu belit body n tangan Ida so dia xleh gerak. Nak menjerit pun x kluar suara. Lepas kena kacau tu, Ida dgr suara sorang lelaki panggil nama dia. Dia jalan ke tingkap, nampak abg kandung dia yg dah meninggal, nahas motor kat jalan lama Karak juga. Kalau korang nak tau Ida ngan abg dia nih bergaduh sebelum abang dia accident n meniggal. So Ida ni mmg rasa bersalah yg amat sangat. Mungkin Ida dah x siuman dia pun follow la   abg dia ni ke jalan raya. jauh tuh berjalan, ye lah,,dari bawah bukit sampai ke atas jalan balik..kat sini baru lah abg dia tunjuk rupa sebenar, kepala dah pecah siiooottt..ulat2 banyak kat atas kepala dia. pastu abg dia acah nak langgar ngan motor. Ini yg menyebabkan awek bibir mungil, bak angelina jolie, Ida @ Kilafairy jatuh n kepala terpacak ngan kayu. Kesian dia mati ngan horror nya..

OK, balik ke rumah Tok Malam, si Jack plak terbangun. Time ni muka Jack toksah cakap lah..memang teruk macam kena hentak stereng kereta (jeng..jeng...jeng). Time ni ulat2 ngan cacing dah berlonggok kat muka dia. Dia plak selamba dek jek boleh makan kulit muka dia yg tersiat tuh. Masa ni Jack macam dah hilang akal. Terus bangun n lompat keluar dari tingkap. Ingat lagi budak pakai baju sekolah tu? Masa ni budak tu dok bertenggek atas bahu Jack sambil mengarah Jack ke rumah dia. Mak budak yg pakai lawa2 tu pun join sekali.

Kita tinggalkan Jack utk seketika. Kita ke bilik tadi. Zura ngan balak dia, Nik yg tinggal berdua. Nik masih tidur lena. Zura terbangun dan tgk Jack n Ida dah xde. Zura ni plak satu (ikut skrip), tak kejut kan Nik, terus jek pergi keluar cari Ida ngan Jack. pastu jerit2 x tentu hala. Dia terserempak ngan Tok Malam. Tok Malam ingatkan dia, kuatkan iman dan semangat. Baca ayat Kursi. Jangan tahu baca, tapi x tahu maksud. Dia cakap yg Ida dan Jack dah sesat. Tok Malam jugak cakap Zura ni dah lama tinggal sembahyang. Zura x makan, berlagak sombong (pda firasat aku) and terus pergi ke bilik kejut si Nik. Dia ajak Nik keluar dari rumah tu masa tu jugak.

Masa kat luar, Zura n Nik terjumpa Jack, mmg lagi teruk muka Jack masa ni. Mmg dah kira jadi zombie dah. x ingat siapa diri dia yg sebenar. Siat kulit muka pastu makan. uweekkkkk... Masa ni jugak Zura n Nik nampak budak pakai baju sekolah n mak dia. Apo lagi x cukup tanah la Zura ngan Nik lari....

Lari punya lari, diorang sampai ke kawasan perkuburan. Nik terjatuh dalam lubang kubur..(sapalah gatal2 korek lubang kubur)..Dalam lubang kubur, mmg banyak la lembaga @ mayat2 hidup yg tarik Nik. Zura masa ni nak tolong pun x dpt. Masa ni lah hantu CGI @ saka isteri Tok Malam menjelma. Jelma jadi Nik, jadi Ida, etc, etc..Masa ni mmg semua dugaan datang la.ALL IN ONE!!! Semua hantu minta Zura untuk follow diorang.

Tok Malam datang..tapi dia tgk dari jauh jek laa..ayat yg sama gak. Dia suruh Zura baca ayat kursi, faham kan maksud..Geram pulak tgk org tua nih..dah tau anak dara tgh susah..tolong la bacakan apa2 ayat. Ni tgk dari jauh jek. Zura dgn gelabah, menangis, menggigil baca ayat kursi satu persatu..Malangnye..hantu ni power sangat..Dia pun boleh baca ayat kursi gak..

Tapi Zura x takut, dia teruskan bacaan sampai habis..lepas tu yg aku kagum bin ajaib Zura boleh hafal terjemahan ayat kursi time kena kacau tuh..power gilerrrrr..(di sini aku nak ingatkan Zura adalah johan qariah al-quran masa sekolah dulu). Kalau sesapa yg dah tgk citer Karak ni..korang ingat x Nik ada cakap masa sambut birthday dia???

OK..lepas habis baca terjemahan tu..hantu semua hilang lah..Zura n Nik berjalan arah jalan raya..masa ni lah diorang nampak kereta polis, org ramai, ngan crane tarik kereta diorang yg accident...Bila diorang datang dekat, ada 3 mayat yg dah ditutup ngan kain putih..nak tau sapa 3 mayat tu? Jack......Ida......dan NIK!!!!

Nik sebenarnya dah mati! so sapa sebelah Zura tu? Sapa yg ngan Zura dekat rumah Tok Malam? jeng..jeng...jeng.. suma tu hanya lah roh2 kawan baik Zura...Nik boyfriend Zura, sebab tu la dia yg paling last tinggalkan Zura..masa ni Zura pun nangis2 la..

pastu movie ni pun habis..THE END..

Layan shot dari galeri Kru Production

 1. budak pakai baju sekolah atas bahu Jack
 2. kepala Ida terpacak kayu. end story
 3. Abg Ida yg mati accident motor
 4. Jack yg dah jadi zombie
 5. Happy famili yg Zura & Jack nampak
6. Zura nak tarik Nik dari lubang kubur

Tuesday, May 31, 2011

Who is Gertrude Sinclair?

Today I received free sms from MAXIS saying " Stay tuned to tgv.com.my. Gertrude Sinclair & her 3 villains are spreading the BCE Virus at TGV Cinemas! Mass infection begins 9/6!

Well, I tried Googled the name but I could not find any movie related to the name or BCE virus. Anyway, let's wait & see.

Quote of the day

We are here to learn lessons, and the world is our teacher

Sunday, May 29, 2011

KARAK - Review Filem Karak PART 2

ok..kita sambung PART 2...

From last post, aku mention yg kereta diorang terbabas masuk gaung kan..so apa yg jadi lepas tu Zura terpelanting agak jauh dengan kereta..aku ulang..terpelanting agak jauh daripada kereta dan masih hidup..aku ulang..MASIH HIDUP. padahal dia duduk kat seat belakang..x pakai seat belt plak tuh..tapi skrip dah tulis dia terselamat tanpa luka parah atau tulang patah..so kita follow je lah..

Masa Zura tersedar ni, kawan2 yg lain sedang sibuk panggil nama dia. tapi disebabkan ketakutan yg amat sangat (ye lah sorang2 dalam hutan rimba, sapa tak hilang akal ye tak??) dia x dgr panggilan rakan2 dia tuh. Masa ni lah Zura kena kacau ngan hantu CGI lagi sekalik. kali ni hantu nenek yg boleh terbang..Takut nyer pasal, dia pun berlari la lintang pukang, yg pelik tuh boleh nampak pulak laluan malam2 gitu..lari punya lari sampai la dia terlanggar tunggul kayu n terjatuh ..mmg real punya jatuh, x kasi can punya..kat sini la hantu nenek CGI tu sekali lagi dtg & mengacah2 si Zura ni. Seram x? tp hantu tu x kacau lama, pastu hilang..Zura ni terus cari kawan2 dia & berjumpa gak la mereka. Mmg hebat, x guna lampu suluh pun dapat jumpa..

Masa ni diorang kena naik atas untuk kembali ke jalan raya tapi tetiba si Ida nampak ada rumah (nampak cahaya lampu rumah tu). Kat sini la diorang jumpa dgn Tok Malam, yg tinggal sorang2 kat tgh hutan tu. Yg aku geram bila tgk perangai bebudak ni, x hormat kat org tua langsung. Dah la org tua tu bagi kebenaran untuk bermalam, tapi sekor2 kurang hajar. xde adab sopan langsung. Tapi xper lah..sebab aku tau kenapa diorang semua x tegur Tok Malam..Masa last nanti aku bgtau. Tok Malam perasann yg ada something follow Zura, tapi dia x bgtau Zura directly.

Dalam rumah tu, Zura ngan Ida stay dalam satu bilik, si Nik & Jack plak stay kat ruang tamu. Dalam bilik, Ida explore bilik tu dan terjumpa laci di mana si dalam laci tu ada seutas kalung peninggalan isteri Tok Malam. Dia ni plak gatal2 main sarung je kalung tu. X ke kurang hajar namanya tuh..barang bukan milik sendiri tapi buat macam harta sendiri plak. Si Ida plak masa ni nak sangat ke toilet coz nak mandi & bersihkan luka2..well, korang tau je la kan kalau rumah org asli tgh hutan..toilet dekat luar maaa..Ida masa ni berkemban and sorang2 pergi ke tempat mandi (perigi) ...dah la agak jauh dari rumah, berani plak tu pergi mandi sorang2. At least ajak la si Zura temankan ..ye x? berani sungguh. Well macam biasa la tubuh dia digunakan utk menaikkan nama & filem (itu opinion aku). Masa ni..korang jaga la hubby ngan bf korang yerk.hehehe. Tengah mandi sambil nyanyi "katak panggil hujan", dia plak kena kacau dengan nenek CGI. ape lagi lari balik ke rumah la. nasib baik x terburai kemban dia.haha..

Cutttttt!!!!

Scene kat rumah Tok Malam, Zura kena kacau plak ngan nenek CGI, dia menjerit2 tapi Jack & Nik x dgr jeritan dia. Hanya bila Ida masuk bilik tu baru lah Zura selamat. Diorang lari keluar untuk dapatkam Jack & Nik kat ruang tamu, tapi masa ni plak hantu CGI tu tg kacau diorang..hantu CGI ni ngan terernya angkat Jack & Nik ke udara, sambil merry go around. Masa ni Tok Malam tetiba datang dan halau hantu tuh. Hantu tu tunjuk wajah bekas isteri Tok Malam. Kat sini la baru kita tahu yg hantu tu actually bekas saka isteri Tok Malam. Tok Malam xnak terima saka tu. Itu yg sebabkan hantu tu mengacau orang2 lain & bunuh diorang. Lepas hantu tu pergi, Jack & Nik mmg sedang sakit coz kena humban ngan hantu tu. So diorang semua berehat dalam bilik. Ida kena berjaga dulu sementara Zura tidur. budak laki 2 org tu memang dah nyenyak la sebb tahan sakit.

Cuuuuttt!!!

Kita sambung PART 3 nanti.. :) Layam dulu rupa hantu nenek CGI kat bawah

KARAK - Review filem Karak PART 1


Selepas Merong Mahawangsa, Karak merupakan filem kedua yang aku layan dekat panggung utk tahun ni. Tahniah KRU Productions sebab berjaya tarik diri aku menonton filem korang. Kenapa aku tgk filem Karak ni? Pada pandangan aku, sebab trailer dia yg buat aku teruja bukan sebab nak tgk Kilafairy (can't deny she is soooo hot bila berkemban dalam file ni, plus bibir cam angelina jolie..hehehe). Yg ada boifren ngan husband tu jaga2 sikit mata diorang tu. Aku jamin ada awe2 and para isteri yg jeles.

Sebelum aku pergi lebih jauh pasal review, aku ingatkan kat korang, jangan baca sampai abis kalau korang nak pergi tgk filem ni kat panggung. Aku nak cite dari awal sampai habis nih..
OK...aku start dengan pelakonfilem ni..Shahir AF (sbg. Nik),Sheera Ayob (sbg. Zura), Along Eyzend (sbg. Jack), Kilafairy (sbg. Ida), & Sidek Hussin (Sbg Tok Malam) merupakan teraju utama filem ni.

1st scene pasal urban legend satu famili (suami, isteri & baby) yg gunakan jalan lama Karak. tetiba kereta diorang meragam, Tengah2 hutan pastu waktu malam xde lampu jalan plak tuh.bayangkan apa yg korang akan buat. Kalau aku la kan..duduk aja dalam kereta sampai waktu siang, atau keluar bila ada nampak kereta lalu. Tapi yang si suami ni pergi keluar konon nak carik pertolongan. So tinggal la si isteri ngan baby dalam kereta berdua sambil pasang cd bacaan yasin. Si suami dah jauh kat depan, kena sergah ngan hantu , mati la kena baham. hantu ni KRU guna CGI so ganas gak la wajah dia. Sementara tu si isteri plak dalam kereta tunggu suami x balik2 sampai la ada satu kereta polis lalu n berenti sambil suruh pompuan ni keluar. apa yg jadi bila isteri toleh atas bumbung kereta si hantu ni tgh layan mayat suami dia (makan malam).hehe..

Cuttt!!!!

Terus ke scene dalam kreta 4 org student (Jack,Nick,Zura & Ida). Nik la yg bercerita pasal hantu tadi dalam kereta tu. Diorg masa ni tgh stuck kat Karak highway..jam panjang gilaa x gerak2. Kononnya ada satu accident besar, bas ngan lori balak bertembung. Yg kelakarnya kat tgh highway tu ada mamat kurang siuman minta sedekah..respek aku kat org gila tu, boleh jalan sampai highway tu minta duit.

So sebb malas nak tunggu lama, diorang nampak signboard ke Karak..lalu jalan lama. Yg heran bin ajaib,diorang jek yg lalu jalan tu.kereta lain xnak plak ikut dah tau highway tu jem giler2. Rasanya in reality jalan lama karak tu pun boleh jem kot kalau kes2 camni..Anyway since skrip dah cakap camtu kita follow je lah..

Kilafairy (awek bibir hot) time dalam kereta ni asik apply lipstick je kerja dia..nasib baik la sexy..so layan kan aje lah. Diorang sampai pekan lama Karak n Jack nak berenti terkencing. Diorang berenti kat depan stall burger. Respek kat mamat burger tu coz berani jual burger mlam2.kedai lain dah tutup dah ni..jual sorang2 plak tuh. Kilafairy masa ni mmg ayat sexy gila la ..bila dia cakap lapar and nak burger.hehe..lupa plak nak bgtau Nik & Zura pasangan couple. Ida (Kila) ngan Jack pulak xde hubungan apa2..

OK..bagi aku dalam cite ni, scene ni je lah yg buat aku seram sejuk. Jack g toilet sorang2 kena tegur ngan sorang budak pakai baju sekolah. Budak tu tanya nampak x mak dia. Apa perasaan korang kalau nampak budak pakai baju sekolah malam2, pastu x pandang depan (nampak belakang je) n tegur korang camtu..walaupun korang mmg nak terkucil sangat2..Kompom korang seram sejuk ..ye x? Tapi since si Jack ni berlagak x takut hantu, dia terus la ke tandas. Bila sampai tandas, budak tu muncul lagi n tanya soalan sama. Jack buat donno and terus masuk toilet. Toilet nya keadaan tu masya Allah..teruk gila..baik pancut kat luar jek. Kotor gilosss. Jack masa ni kena kacau gak tapi dalam ilusi dia aja. Keluar dari toilet, Jack kena tgur plak ngan pompuan berhias. Dia minta tolong hantar balik rumah. Masa ni la Jack kena kacau bila pompuan tu cabut kepala dari badan.

OK..bila sampai ke kereta, Jack senyap jek. x cakap ape2 dah..kesan kena kacau ngan hantu tadi.Tapi dia x citer plak kat org lain. diorang teruskan perjalanan sampai la ada satu kereta volkswagen kuning datang cucuk2 dari belakang.Jack bagi kereta tu potong tapi x perasan yg volkswagen tu xde driver. Beberapa saat lepas tu, kereta kuning tu cucuk2 lagi dari belakang. Kali ni semua nampak kereta kuning tu xde driver & Jack nampak pompuan berhias yg tegur dia tadi ada kat seat belakang. Masa ni la Ida pandang ke depan n tarik stereng kereta untuk elak budak sekolah yg berdiri kat tgh2 jalan. Kereta diorang terbabas n jatuh gaung. Scene jatuh gaung ni memang ganas lah ( x macam scene Khurafat, bila van jatuh)..scene Yusri lagi ganas.

Cuttttt!!!

Ok..nanti kita sambung Part 2.hehe